PERGI KE PASAR MALAM
Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke pasar malam. Kami pergi ke sana pada pukul 6:30 petang dengan menaiki kereta bapa.
Kami tiba di pasar malam pada pukul 7:00 malam. Kami melihat ramai orang di sana. Suasana di pasar malam riuh-rendah dengan suara penjual dan pembeli tawar-menawar.
Ibu pergi ke gerai sayur untuk membeli sayur-sayuran yang segar. Ibu tawar-menawar dengan penjual itu untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Kemudian, kami pergi membeli barang keperluan harian yang diperlukan.
Selepas itu, ibu membawa saya dan adik pergi ke gerai baju. Ibu membeli baju yang cantik untuk kami. Kami rambang mata ketika melihat baju-baju yang cantik di sana.
Seterusnya, kami pergi ke gerai makanan untuk membeli makanan yang sedap. Ibu membeli nasi lemak, ayam goreng, mi goreng, cendol, kuih-muih dan lain-lain lagi untuk makan malam.
Pada pukul 8:30 malam, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana bapa membawa kami pergi ke pasar malam dan berharap agar dapat pergi ke sana lagi.
LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke rumah anak yatim yang terletak di Johor Bahru. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga mendengar lagu yang merdu sebagai halwa telinga sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Pada pukul 9:00 pagi, kami pun tiba di destinasi. Kami melihat pegawai di sana menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.
Selepas itu, kami pun bersalam-salaman dengan anak-anak yatim di sana. Kami memberikan hadiah yang unik dan cantik kepada anak-anak yatim. Mereka berasa sangat gembira kerana mendapat hadiah dan mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami juga bermain bersama-sama mereka dengan gembiranya. Mereka membuat persembahan yang menarik untuk menghiburkan hati kami.
Pada pukul 12:30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya bersama anak-anak yatim di sana. Selepas makan, kami berehat sekejap sambil makan aiskrim yang enak untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas. Ibu dan bapa pula membaca surat khabar di ruang tamu untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Sebelum pulang, kami mengambil gambar bersama-sama anak-anak yatim dengan menggunakan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan manis. Anak-anak yatim di sana memberikan kraf tangan yang dibuat sendiri kepada kami. Kami mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang baharu semasa berkunjung ke sana.
Pada pukul 2:00 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar berpeluang pergi ke sana lagi pada masa akan datang.
MELAWAT KE KAMPUNG DATUK
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga melawat ke kampung datuk yang terletak di Pontian. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta bapa.
Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesranya sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Kami sekeluarga tiba di destinasi pada pukul 9:30 pagi. Kami melihat datuk dan nenek menunggu ketibaan kami sekeluarga dengan perasaan yang gembira. Kami pun terus bersalam dengan datuk dan nenek.
Selepas itu, saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-barang yang dibawa. Kemudian, kami berehat sebentar kerana terlalu penat. Pada pukul 12:30 tengah hari, kami pun menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh nenek.
Pada waktu petang, datuk membawa kami sekeluarga pergi ke dusun buah-buahannya. Kami makan buah-buahan yang segar di sana. Selepas itu, datuk membawa saya dan adik pergi memancing di sungai berdekatan dengan dusunnya.
Selepas makan malam, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kampung datuk dan berharap agar bapa membawa kami melawat ke kampung datuk lagi pada masa akan datang.
PERSEDIAAN MENJELANG SAMBUTAN HARI GURU
Pada minggu hadapan, sekolah saya akan mengadakan sambutan Hari Guru. Murid-murid berkumpul di dewan sekolah untuk membuat persiapan.
Cikgu Tan memberikan taklimat kepada murid-murid. Murid-murid mendengar taklimat itu dengan telitinya. Selepas itu, kami pun menjalankan tugasan masing-masing dengan penuh semangat.
Murid-murid perempuan menyapu sampah di dewan sehingga bersih. Saya dan rakan-rakan menyusun kerusi di dewan dengan kemasnya. Selepas itu, kami pun mengelap kerusi yang berhabuk supaya kelihatan bersih.
Terdapat murid yang ditugaskan untuk menghias dewan. Dewan sekolah akan dihias dengan reben dan belon yang berwarna-warni supaya kelihatan cantik dan ceria. Cikgu Tang pula menyusun hadiah di atas pentas.
Selepas itu, kami berehat sekejap kerana terlalu penat. Kemudian, murid-murid pergi ke kantin untuk menikmati makanan yang enak dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Cikgu Felix mengambil gambar kami dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis.
Saya berasa gembira kerana dapat membantu guru membuat persiapan di dewan sekolah. Saya berharap agar majlis ini berjalan dengan lancarnya.
HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari sukan tahunan. Hari sukan ini diadakan di padang sekolah. Padang sekolah dihiasi dengan belon, reben dan panji-panji yang berwarna-warni. Tujuan hari sukan diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.
Pada pukul 7:15 pagi, semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah. Para ibu bapa dan tetamu kehormat datang ke sekolah untuk memeriahkan lagi hari sukan tahunan sekolah. Suasana di padang sekolah sangat meriah pada pagi itu. Para ibu bapa dan guru berbual-bual sambil bersalam-salaman untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Pada pukul 7:30 pagi, kami menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Negaraku serta lagu sekolah. Selepas itu, guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Kemudian, pengerusi PIBG merasmikan hari sukan tahunan sekolah. Cikgu Goh pula mengambil gambar dengan telefon pintarnya yang canggih untuk dijadikan kenangan.
Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu lompat jauh, lompat tinggi, merejam lembing, larian dan sebagainya. Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguhnya untuk memenangi pertandingan tersebut. Para hadirin bersorak-sorai untuk memberikan sokongan kepada peserta-peserta.
Pada pukul 12:00 tengah hari, acara sukan telah selesai. Guru besar menyampaikan pingat dan piala kepada para pemenang. Hari sukan tamat pada pukul 1:00 tengah hari. Kami berasa gembira kerana dapat menyertai hari sukan tahunan sekolah.
AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah.
Selepas itu, Cikgu Lim membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Kumpulan A membersihkan longkang, Kumpulan B menyapu sampah dan Kumpulan C menghias kelas. Murid-murid mendengar taklimat dengan telitinya.
Setiap kumpulan menyediakan peralatan yang hendak digunakan. Kemudian, kami terus menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. Murid-murid menjalankan tugasan dengan penuh semangat sambil berbual-bual untuk mengeratkan silaturahim.
Pada pukul 9:00 pagi, kami berehat sekejap kerana terlalu penat. Kami juga makan aiskrim untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas. Cikgu Goh pula mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan.
Pada pukul 11:00 pagi, aktiviti gotong-royong pun selesai. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Selepas itu, murid-murid pun balik ke rumah masing-masing dengan gembiranya.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah dengan perasaan yang gembira. Kami menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor. Selepas itu, kami mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru besar. Dalam ucapannya, beliau menasihati kami agar belajar dengan bersungguh-sungguhnya.
Murid-murid membuat persembahan yang menarik di atas pentas. Antaranya ialah yoyo Cina, tarian, nyanyian, silap mata dan lain-lain lagi. Selepas itu, majlis penyampaian hadiah diadakan bagi tokoh murid. Setiap murid juga menerima hadiah Hari Kanak-kanak daripada pihak sekolah.
Pada pukul 10:30 pagi, kami pun masuk ke kelas masing-masing. Setiap kelas mengadakan jamuan makan. Murid-murid membawa pelbagai jenis makanan dan minuman dari rumah masing-masing. Guru-guru datang ke kelas untuk menikmati makanan dan minuman yang sedap.
Pada pukul 12:50 tengah hari, semua murid pun pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa gembira kerana dapat menyambut Hari Kanak-kanak di sekolah. Saya berharap agar Hari Kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
SUASANA DI KANTIN SEKOLAH SAYA
Loceng waktu rehat berbunyi pada pukul 9:30 pagi. Selepas loceng berbunyi, murid-murid bergegas menuju ke kantin untuk mengisi perut. Ada juga murid yang berada di kelas untuk membersihkan bilik darjah. Saya berjalan ke kantin bersama kawan baik saya.
Pelbagai jenis makanan dan minuman yang berkhasiat dijual di kantin. Antaranya termasuklah mi sup, nasi goreng, mi goreng, jus oren dan lain-lain lagi. Murid-murid beratur dengan tertibnya semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Para pekerja kantin sibuk melayan murid-murid dengan mesranya.
Suasana di kantin seperti ikan dalam belat dan riuh dengan suara murid yang memesan makanan. Selepas mencuci tangan, murid-murid duduk di atas bangku panjang sambil menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Murid-murid juga berbual-bual sambil bergurau senda untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.
Beberapa orang pengawas pula menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab di kantin. Mereka akan mengawasi murid-murid dan memastikan murid-murid tidak berebut-rebut ketika membeli makanan. Pengawas-pengawas juga akan menegur murid yang tidak mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Setelah selesai menikmati makanan, murid-murid membuang pembalut makanan ke dalam tong sampah. Murid-murid juga memasukkan pinggan mangkuk dan sudu ke dalam besen yang telah disediakan di sana. Kemudian, mereka akan mencuci tangan dan mulut di singki sehingga bersih.
Tepat pada pukul 9:50 pagi, loceng berbunyi lagi menandakan waktu rehat telah tamat. Murid-murid beredar dari kantin lalu berjalan masuk ke kelas masing-masing. Suasana kantin yang riuh-rendah sekejap tadi telah kembali menjadi sunyi semula.
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
Sambutan Hari Kanak-kanak
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.
Pada awal pagi, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah dengan perasaan yang gembira. Kami menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu sekolah dengan penuh semangat. Selepas itu, kami mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru besar. Dalam ucapannya, beliau menasihati kami agar belajar dengan bersungguh-sungguhnya supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Murid-murid membuat persembahan yang menarik di atas pentas. Antaranya ialah yoyo Cina, tarian, nyanyian, silap mata dan lain-lain lagi. Para penonton bersorak-sorai sambil bertepuk tangan dengan gemuruhnya kerana persembahan-persembahan itu sungguh hebat dan menarik. Selepas itu, majlis penyampaian hadiah diadakan bagi tokoh murid. Setiap murid juga menerima hadiah Hari Kanak-kanak daripada pihak sekolah.
Pada pukul 10:30 pagi, kami pun masuk ke kelas masing-masing. Setiap kelas mengadakan jamuan. Murid-murid membawa pelbagai jenis makanan dan minuman dari rumah masing-masing. Guru-guru datang ke kelas untuk menikmati makanan dan minuman yang sedap. Kami juga makan aiskrim yang sedap untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas.
Selepas itu, kami bermain pelbagai jenis permainan bersama guru-guru dengan seronoknya di dalam kelas untuk menghiburkan hati kami. Cikgu Goh juga mengambil gambar kami dengan menggunakan telefon pintarnya yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis. Kami juga berbual-bual bersama guru-guru dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Pada pukul 12:50 tengah hari, semua murid pun pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa gembira kerana dapat menyambut Hari Kanak-kanak di sekolah. Saya berharap agar Hari Kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
Hari Kantin
Tajuk: Hari Kantin
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin itu diadakan di padang sekolah. Hari Kantin itu dirasmikan oleh guru besar.
Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul dana. Dana itu akan digunakan untuk membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, bilik-bilik khas, dewan dan perpustakaan. Selain itu, Hari Kantin diadakan adalah untuk mendidik murid-murid berniaga dengan betul.
Persiapan telah dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin. Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa bekerjasama untuk menghias gerai jualan. Pihak sekolah juga menyediakan khemah, meja dan kerusi.
Aktiviti Hari Kantin dimulakan pada pukul 8:00 pagi. Pembeli mesti menggunakan kupon untuk membeli barangan yang dijual. Hari Kantin itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.
Terdapat banyak gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Antaranya, gerai makanan, gerai minuman, gerai alat mainan, gerai alat tulis dan gerai cenderamata. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan nyanyian dan cabutan bertuah.
Hari Kantin tamat pada pukul 2:00 petang. Sebelum bersurai, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing.
Melawat ke Dusun Datuk
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke dusun datuk yang terletak di Pontian. Kami bertolak ke sana pada pukul 7:30 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesranya sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Kami tiba di destinasi pada pukul 8:30 pagi. Kami melihat datuk dan nenek menunggu ketibaan kami sekeluarga dengan perasaan yang gembira. Kami pun terus bersalam dengan datuk dan nenek.
Selepas itu, kami memberikan buah tangan kepada datuk dan nenek. Kemudian, kami bersembang dengan datuk dan nenek di ruang tamu untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Bapa pula membaca surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Pada pukul 12:30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari bersama datuk dan nenek. Kami makan dengan berseleranya kerana masakan nenek sungguh lazat. Selepas makan, ibu dan kakak membantu nenek mencuci pinggan mangkuk. Mereka juga membantu nenek mengemaskan dapur sehingga bersih dan kemas.
Pada waktu petang, datuk membawa kami sekeluarga pergi ke dusun buah-buahannya. Dusun datuk terletak berhampiran dengan rumahnya. Terdapat pelbagai jenis pokok buah di dusun datuk seperti durian, mangga, manggis, pisang dan sebagainya. Kami menikmati buah-buahan yang segar dan enak di dusun datuk. Datuk juga membawa saya dan adik pergi memancing ikan di sungai berdekatan dusunnya. Kami memancing ikan dengan sabarnya dan mendapat banyak ikan yang besar.
Pada pukul 6:00 petang, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kampung datuk. Saya berharap agar berpeluang ke sana lagi pada masa akan datang.
Melawat ke Zoo Negara (Versi Baharu)
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami
sekeluarga melawat ke Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Kami bertolak
ke sana pada pukul 9:00 pagi dengan menaiki kereta bapa.
Sepanjang
perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Pada pukul
11:00 pagi, kami pun tiba di destinasi. Kami melihat banyak orang di sana
seperti ikan dalam belat. Selepas itu, bapa terus ke kaunter untuk membeli
tiket.
Kemudian,
kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak jenis haiwan di sana
seperti gajah, harimau, singa, monyet, zirafah, ular dan lain-lain lagi.
Kemudian, kami juga menyaksikan pertunjukan haiwan yang menarik di sana. Para penonton
bertepuk tangan dengan gemuruhnya kerana aksi haiwan itu sungguh lucu dan
mencuit hati.
Pada pukul
1:30 tengah hari, kami menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana
terlalu lapar. Selepas makan, kami berehat sekejap di bawah pondok kerana
terlalu penat. Kami makan aiskrim yang sedap untuk menghilangkan dahaga kerana
cuaca sungguh panas. Bapa pula membaca surat khabar untuk mengetahui
berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Seterusnya,
kami pun bersiar-siar di sekitar zoo sambil menikmati panorama di zoo itu. Kami
juga mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar yang canggih untuk
dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang, kami membeli cenderamata yang
cantik dan unik untuk kawan-kawan dan saudara-mara. Semasa berkunjung ke zoo,
kami mendapat banyak pengetahuan yang baharu dan berguna.
Pada pukul
3:00 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap agar bapa membawa kami melawat ke Zoo Negara lagi pada masa akan
datang.
Hari Kantin - Ringkas
Pada
hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin
itu diadakan di padang sekolah.
Hari Kantin diadakan untuk mengumpul
dana bagi membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, bilik-bilik khas, dewan
dan perpustakaan. Selain itu, murid-murid juga berpeluang mempelajari ilmu
perniagaan.
Aktiviti Hari Kantin dimulakan pada
pukul 8:00 pagi. Orang ramai membeli barangan dengan menggunakan kupon. Hari
Kantin itu mendapat sambutan hangat daripada semua pihak.
Terdapat banyak gerai yang dibuka pada
Hari Kantin seperti gerai makanan, gerai minuman, gerai alat mainan dan
lain-lain lagi. Banyak orang membeli barangan yang dijual semasa Hari Kantin.
Hari Kantin tamat pada pukul 2:00
petang. Kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami
pun pulang ke rumah masing-masing.
Hobi Saya (Ringkas)
Setiap orang mempunyai hobi. Saya juga mempunyai hobi saya sendiri.
Hobi saya ialah bermain badminton.
Bermain badminton dapat menyihatkan badan. Pada setiap petang, saya bermain
badminton dengan abang saya di taman permainan.
Selain itu, saya juga mempunyai
hobi lain. Hobi kedua saya ialah membaca buku. Saya suka membaca buku cerita. Pada
setiap malam, saya membaca buku cerita sebelum tidur.
Ibu dan bapa saya membeli pelbagai
jenis buku cerita untuk saya. Saya berasa sungguh gembira. Saya akan membaca
buku cerita saya dengan sebaik mungkin.
Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai
hobi yang baik dan memberikan manfaat kepada diri saya.
Hobi Saya
Setiap orang mempunyai hobi.
Saya juga mempunyai hobi saya sendiri.
Hobi ialah aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
Hobi saya bermain
badminton. Pada setiap petang, saya berlatih bermain badminton untuk menyertai
pertandingan. Saya juga selalu mewakili
sekolah menyertai pertandingan di luar sekolah dan mendapat johan.
Pada masa lapang,
saya akan bermain badminton bersama abang dan kawan-kawan saya untuk
menyihatkan badan. Selain itu, bermain badminton juga dapat mengeratkan
hubungan saya dengan kawan-kawan.
Ibu bapa saya
akan menghadiahkan raket yang mahal dan berkualiti tinggi kepada saya pada
setiap kali hari jadi saya. Jadi, saya berasa sungguh bangga dan gembira kerana
mendapat hadiah kesukaan saya. Saya menyimpan raket-raket saya dengan baik
untuk dijadikan koleksi.
Selain itu, saya
juga mempunyai hobi lain. Hobi kedua saya membaca buku. Setiap malam, saya akan
membaca buku cerita sebelum tidur supaya dapat menghiburkan hati saya dan
menambahkan ilmu pengetahuan.
Ibu dan bapa saya
juga selalu membelikan saya pelbagai jenis buku cerita yang menarik. Saya akan
membaca buku cerita saya dengan sebaik mungkin dan menghargai buku-buku
tersebut.
Saya berasa
sangat gembira kerana mempunyai hobi yang baik dan memberikan banyak manfaat
kepada diri saya.
Perpustakaan Sekolah Saya (Ringkas)
Setiap
sekolah mesti ada perpustakaan. Sekolah saya juga ada sebuah perpustakaan.
Sambutan Hari Guru
Pada
hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru di dewan
sekolah. Semua guru dan murid berkumpul di dewan pada pukul 7.30 pagi.
Setiap tahun, Hari Guru disambut pada
16 Mei. Tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan
guru dalam bidang pendidikan. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “1 Aspirasi,
1 Agenda.”
Mula-mula, kami berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu “Negaraku”, Bangsa Johor dan juga lagu sekolah. Selepas itu, guru
besar menyampaikan ucapan di atas pentas dan seterusnya merasmikan sambutan
Hari Guru pada tahun ini. Seterusnya, semua guru mengangkat tangan kanan untuk melafazkan
ikrar.
Acara seterusnya ialah
majlis penyampaian anugerah kepada guru-guru yang cemerlang. Guru besar
dijemput naik ke atas pentas untuk menyampaikan anugerah kepada guru-guru
tersebut.
Selepas
itu, guru-guru pula menyanyikan lagu “Kami Guru Malaysia” Murid-murid juga mengadakan
beberapa acara yang menarik seperti tarian, persembahan yoyo Cina, Wushu dan
sebagainya. Suasana di dewan sungguh meriah pada hari itu.
Akhir
sekali, guru-guru dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan tengah hari yang
disediakan oleh pihak sekolah. Majlis sambutan Hari Guru bersurai pada pukul
12.00 tengah hari.
Berkunjung ke Pameran Buku
Pada
cuti Jumaat yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke pameran buku Kami
bertolak ke sana pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Pameran buku itu diadakan di Sutera
Mall, Skudai. Kami tiba di sana pada pukul 10.30 pagi. Setibanya di sana, saya
melihat ramai pengunjung seperti ikan dalam belat. Selepas itu, kami pun terus
menuju ke pameran buku itu.
Di sana, terdapat banyak jenis buku yang dijual dengan
harga yang murah dan berpatutan. Antaranya, buku rujukan, buku cerita, majalah,
kamus dan sevagainya.
Seterusnya, saya dan adik terus menuju
ke rak buku untuk membeli buku rujukan dan buku latihan. Bapa membeli majalah
kereta manakala ibu membeli buku masakan.
Selepas itu, bapa membuat pembayaran di kaunter.
Juruwang di situ melayan pelanggan dengan mesranya dan memberikan potongan
harga kepada kami.
Pada pukul 2.00 petang, kami pun pulang
ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke pameran buku. Saya berharap agar bapa membawa kami pergi ke
pameran buku lagi pada masa akan datang.
Melawat ke Zoo Melaka (Ringkas)
Pada
hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga melawat ke Zoo Melaka. Kami
pergi ke sana dengan menaiki kereta bapa.
Apabila
tiba di Zoo Melaka, bapa terus ke kaunter untuk membeli
tiket. Selepas itu, kami dapat masuk ke dalam
zoo.
Kami melihat banyak jenis haiwan di sana. Antaranya harimau, gajah, monyet, singa dan lain-lain lagi. Seterusnya, kami menyaksikan pertunjukan monyet yang menarik.
Apabila
berasa lapar, kami sekeluarga makan tengah hari di
sebuah restoran di situ. Selepas itu, kami mengambil
gambar dengan haiwan kegemaran masing-masing.
Saya berasa
sangat gembira kerana dapat melawat ke Zoo Melaka.
Melawat ke Kampung Datuk (Ringkas)
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi ke kampung datuk yang terletak di Pontian. Kami ke sana pada pukul 8.00 pagi dengan kereta bapa.
Kami sekeluarga tiba di destinasi pada pukul 9.30 pagi. Datuk
dan nenek menunggu ketibaan kami sekeluarga dengan perasaan yang gembira.
Kemudian, kami berehat sebentar sambil berbual-bual dengan
datuk dan nenek. Pada pukul 1.30 tengah hari, kami pun makan tengah hari
bersama datuk dan nenek.
Pada waktu petang, kami pergi ke dusun buah-buahan datuk.
Kami makan buah-buahan yang segar di sana. Selepas itu, datuk membawa saya dan
adik pergi memancing ikan di sungai.
Selepas makan malam, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke
kampung datuk.