MELAWAT KE KAMPUNG DATUK
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga melawat ke kampung datuk yang terletak di Pontian. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta bapa.
Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesranya sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Kami sekeluarga tiba di destinasi pada pukul 9:30 pagi. Kami melihat datuk dan nenek menunggu ketibaan kami sekeluarga dengan perasaan yang gembira. Kami pun terus bersalam dengan datuk dan nenek.
Selepas itu, saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-barang yang dibawa. Kemudian, kami berehat sebentar kerana terlalu penat. Pada pukul 12:30 tengah hari, kami pun menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh nenek.
Pada waktu petang, datuk membawa kami sekeluarga pergi ke dusun buah-buahannya. Kami makan buah-buahan yang segar di sana. Selepas itu, datuk membawa saya dan adik pergi memancing di sungai berdekatan dengan dusunnya.
Selepas makan malam, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kampung datuk dan berharap agar bapa membawa kami melawat ke kampung datuk lagi pada masa akan datang.