Hobi Saya (Ringkas)
May 5, 2020 at 4:42 am,
2 comments
Setiap orang mempunyai hobi. Saya juga mempunyai hobi saya sendiri.
Hobi saya ialah bermain badminton.
Bermain badminton dapat menyihatkan badan. Pada setiap petang, saya bermain
badminton dengan abang saya di taman permainan.
Selain itu, saya juga mempunyai
hobi lain. Hobi kedua saya ialah membaca buku. Saya suka membaca buku cerita. Pada
setiap malam, saya membaca buku cerita sebelum tidur.
Ibu dan bapa saya membeli pelbagai
jenis buku cerita untuk saya. Saya berasa sungguh gembira. Saya akan membaca
buku cerita saya dengan sebaik mungkin.
Saya berasa sangat gembira kerana mempunyai
hobi yang baik dan memberikan manfaat kepada diri saya.
2 comments - Hobi Saya (Ringkas)
TEE YU HUI - September 25, 2020 at 3:21 pm
Cikgu Goh, saya dapat belajar banyak selepas saya membaca contoh karangan ringkas ini, terima kasih Cikgu Goh, sangat bagus!
Lim En Le - September 25, 2020 at 3:27 pm
Cikgu Goh,saya belajar banyak karangan yang
banyak.Terima kasih Cikgu Goh.
banyak.Terima kasih Cikgu Goh.