LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke rumah anak yatim yang terletak di Johor Bahru. Kami bertolak ke sana pada pukul 8:00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga mendengar lagu yang merdu sebagai halwa telinga sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Pada pukul 9:00 pagi, kami pun tiba di destinasi. Kami melihat pegawai di sana menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka.
Selepas itu, kami pun bersalam-salaman dengan anak-anak yatim di sana. Kami memberikan hadiah yang unik dan cantik kepada anak-anak yatim. Mereka berasa sangat gembira kerana mendapat hadiah dan mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami juga bermain bersama-sama mereka dengan gembiranya. Mereka membuat persembahan yang menarik untuk menghiburkan hati kami.
Pada pukul 12:30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya bersama anak-anak yatim di sana. Selepas makan, kami berehat sekejap sambil makan aiskrim yang enak untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas. Ibu dan bapa pula membaca surat khabar di ruang tamu untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Sebelum pulang, kami mengambil gambar bersama-sama anak-anak yatim dengan menggunakan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan manis. Anak-anak yatim di sana memberikan kraf tangan yang dibuat sendiri kepada kami. Kami mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman yang baharu semasa berkunjung ke sana.
Pada pukul 2:00 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar berpeluang pergi ke sana lagi pada masa akan datang.