PERSEDIAAN MENJELANG SAMBUTAN HARI GURU
Pada minggu hadapan, sekolah saya akan mengadakan sambutan Hari Guru. Murid-murid berkumpul di dewan sekolah untuk membuat persiapan.
Cikgu Tan memberikan taklimat kepada murid-murid. Murid-murid mendengar taklimat itu dengan telitinya. Selepas itu, kami pun menjalankan tugasan masing-masing dengan penuh semangat.
Murid-murid perempuan menyapu sampah di dewan sehingga bersih. Saya dan rakan-rakan menyusun kerusi di dewan dengan kemasnya. Selepas itu, kami pun mengelap kerusi yang berhabuk supaya kelihatan bersih.
Terdapat murid yang ditugaskan untuk menghias dewan. Dewan sekolah akan dihias dengan reben dan belon yang berwarna-warni supaya kelihatan cantik dan ceria. Cikgu Tang pula menyusun hadiah di atas pentas.
Selepas itu, kami berehat sekejap kerana terlalu penat. Kemudian, murid-murid pergi ke kantin untuk menikmati makanan yang enak dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Cikgu Felix mengambil gambar kami dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis.
Saya berasa gembira kerana dapat membantu guru membuat persiapan di dewan sekolah. Saya berharap agar majlis ini berjalan dengan lancarnya.