Hobi Saya
Setiap orang mempunyai hobi.
Saya juga mempunyai hobi saya sendiri.
Hobi ialah aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
Hobi saya bermain
badminton. Pada setiap petang, saya berlatih bermain badminton untuk menyertai
pertandingan. Saya juga selalu mewakili
sekolah menyertai pertandingan di luar sekolah dan mendapat johan.
Pada masa lapang,
saya akan bermain badminton bersama abang dan kawan-kawan saya untuk
menyihatkan badan. Selain itu, bermain badminton juga dapat mengeratkan
hubungan saya dengan kawan-kawan.
Ibu bapa saya
akan menghadiahkan raket yang mahal dan berkualiti tinggi kepada saya pada
setiap kali hari jadi saya. Jadi, saya berasa sungguh bangga dan gembira kerana
mendapat hadiah kesukaan saya. Saya menyimpan raket-raket saya dengan baik
untuk dijadikan koleksi.
Selain itu, saya
juga mempunyai hobi lain. Hobi kedua saya membaca buku. Setiap malam, saya akan
membaca buku cerita sebelum tidur supaya dapat menghiburkan hati saya dan
menambahkan ilmu pengetahuan.
Ibu dan bapa saya
juga selalu membelikan saya pelbagai jenis buku cerita yang menarik. Saya akan
membaca buku cerita saya dengan sebaik mungkin dan menghargai buku-buku
tersebut.
Saya berasa
sangat gembira kerana mempunyai hobi yang baik dan memberikan banyak manfaat
kepada diri saya.