AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH
Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah.
Selepas itu, Cikgu Lim membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Kumpulan A membersihkan longkang, Kumpulan B menyapu sampah dan Kumpulan C menghias kelas. Murid-murid mendengar taklimat dengan telitinya.
Setiap kumpulan menyediakan peralatan yang hendak digunakan. Kemudian, kami terus menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. Murid-murid menjalankan tugasan dengan penuh semangat sambil berbual-bual untuk mengeratkan silaturahim.
Pada pukul 9:00 pagi, kami berehat sekejap kerana terlalu penat. Kami juga makan aiskrim untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas. Cikgu Goh pula mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan.
Pada pukul 11:00 pagi, aktiviti gotong-royong pun selesai. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Selepas itu, murid-murid pun balik ke rumah masing-masing dengan gembiranya.