HARI SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah mengadakan hari sukan tahunan. Hari sukan ini diadakan di padang sekolah. Padang sekolah dihiasi dengan belon, reben dan panji-panji yang berwarna-warni. Tujuan hari sukan diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.
Pada pukul 7:15 pagi, semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah. Para ibu bapa dan tetamu kehormat datang ke sekolah untuk memeriahkan lagi hari sukan tahunan sekolah. Suasana di padang sekolah sangat meriah pada pagi itu. Para ibu bapa dan guru berbual-bual sambil bersalam-salaman untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Pada pukul 7:30 pagi, kami menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Negaraku serta lagu sekolah. Selepas itu, guru besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Kemudian, pengerusi PIBG merasmikan hari sukan tahunan sekolah. Cikgu Goh pula mengambil gambar dengan telefon pintarnya yang canggih untuk dijadikan kenangan.
Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan iaitu lompat jauh, lompat tinggi, merejam lembing, larian dan sebagainya. Para peserta bertanding dengan bersungguh-sungguhnya untuk memenangi pertandingan tersebut. Para hadirin bersorak-sorai untuk memberikan sokongan kepada peserta-peserta.
Pada pukul 12:00 tengah hari, acara sukan telah selesai. Guru besar menyampaikan pingat dan piala kepada para pemenang. Hari sukan tamat pada pukul 1:00 tengah hari. Kami berasa gembira kerana dapat menyertai hari sukan tahunan sekolah.