Melawat ke Zoo Negara (Versi Baharu)
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami
sekeluarga melawat ke Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur. Kami bertolak
ke sana pada pukul 9.00 pagi dengan menaiki kereta bapa.
Sepanjang
perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Pada pukul
11.00 pagi, kami pun tiba di destinasi. Kami melihat banyak orang di sana
seperti ikan dalam belat. Selepas itu, bapa terus ke kaunter untuk membeli
tiket.
Kemudian,
kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak jenis haiwan di sana
seperti gajah, harimau, singa, monyet, zirafah, ular dan lain-lain lagi.
Kemudian, kami juga menyaksikan pertunjukan haiwan yang menarik di sana. Para penonton
bertepuk tangan dengan gemuruhnya kerana aksi haiwan itu sungguh lucu dan
mencuit hati.
Pada pukul
1.30 tengah hari, kami menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana
terlalu lapar. Selepas makan, kami berehat sekejap di bawah pondok kerana
terlalu penat. Kami makan aiskrim yang sedap untuk menghilangkan dahaga kerana
cuaca sungguh panas. Bapa pula membaca surat khabar untuk mengetahui
berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Seterusnya,
kami pun bersiar-siar di sekitar zoo sambil menikmati panorama di zoo itu. Kami
juga mengambil gambar dengan menggunakan telefon pintar yang canggih untuk
dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang, kami membeli cenderamata yang
cantik dan unik untuk kawan-kawan dan saudara-mara. Semasa berkunjung ke zoo,
kami mendapat banyak pengetahuan yang baharu dan berguna.
Pada pukul
3.00 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap agar bapa membawa kami melawat ke Zoo Negara lagi pada masa akan
datang.
17 comments - Melawat ke Zoo Negara (Versi Baharu)
π¨π½βπ€βπ¨π½
π¨π½βπ€βπ¨π½