Melawat ke Zoo Melaka (Ringkas)
May 5, 2020 at 3:35 am,
2 comments
Pada
hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga melawat ke Zoo Melaka. Kami
pergi ke sana dengan menaiki kereta bapa.
Apabila
tiba di Zoo Melaka, bapa terus ke kaunter untuk membeli
tiket. Selepas itu, kami dapat masuk ke dalam
zoo.
Kami melihat banyak jenis haiwan di sana. Antaranya harimau, gajah, monyet, singa dan lain-lain lagi. Seterusnya, kami menyaksikan pertunjukan monyet yang menarik.
Apabila
berasa lapar, kami sekeluarga makan tengah hari di
sebuah restoran di situ. Selepas itu, kami mengambil
gambar dengan haiwan kegemaran masing-masing.
Saya berasa
sangat gembira kerana dapat melawat ke Zoo Melaka.
2 comments - Melawat ke Zoo Melaka (Ringkas)
TEE YU HUI - September 25, 2020 at 3:50 pm
Cikgu Goh, saya dapat belajar banyak selepas saya membaca contoh karangan ringkas ini! Terima kasih Cikgu Goh! Bagus!
Dahrshini ap Thanaseelan - May 18, 2021 at 10:09 pm
Terima kasih Cikgu Goh saya dapat banyak isi dalam karangan ringkas ini. Terima kasih banyak.