Melawat ke Dusun Datuk
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke dusun datuk yang terletak di Pontian. Kami bertolak ke sana pada pukul 7.30 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami berbual-bual dengan mesranya sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Kami tiba di destinasi pada pukul 8.30 pagi. Kami melihat datuk dan nenek menunggu ketibaan kami sekeluarga dengan perasaan yang gembira. Kami pun terus bersalam dengan datuk dan nenek.
Selepas itu, kami memberikan buah tangan kepada datuk dan nenek. Kemudian, kami bersembang dengan datuk dan nenek di ruang tamu untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Bapa pula membaca surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Pada pukul 12.30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari bersama datuk dan nenek. Kami makan dengan berseleranya kerana masakan nenek sungguh lazat. Selepas makan, ibu dan kakak membantu nenek mencuci pinggan mangkuk. Mereka juga membantu nenek mengemaskan dapur sehingga bersih dan kemas.
Pada waktu petang, datuk membawa kami sekeluarga pergi ke dusun buah-buahannya. Dusun datuk terletak berhampiran dengan rumahnya. Terdapat pelbagai jenis pokok buah di dusun datuk seperti durian, mangga, manggis, pisang dan sebagainya. Kami menikmati buah-buahan yang segar dan enak di dusun datuk. Datuk juga membawa saya dan adik pergi memancing ikan di sungai berdekatan dusunnya. Kami memancing ikan dengan sabarnya dan mendapat banyak ikan yang besar.
Pada pukul 6.00 petang, kami pun pulang ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kampung datuk. Saya berharap agar berpeluang ke sana lagi pada masa akan datang.