Berkunjung ke Pameran Buku
Pada
cuti Jumaat yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke pameran buku Kami
bertolak ke sana pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Pameran buku itu diadakan di Sutera
Mall, Skudai. Kami tiba di sana pada pukul 10.30 pagi. Setibanya di sana, saya
melihat ramai pengunjung seperti ikan dalam belat. Selepas itu, kami pun terus
menuju ke pameran buku itu.
Di sana, terdapat banyak jenis buku yang dijual dengan
harga yang murah dan berpatutan. Antaranya, buku rujukan, buku cerita, majalah,
kamus dan sevagainya.
Seterusnya, saya dan adik terus menuju
ke rak buku untuk membeli buku rujukan dan buku latihan. Bapa membeli majalah
kereta manakala ibu membeli buku masakan.
Selepas itu, bapa membuat pembayaran di kaunter.
Juruwang di situ melayan pelanggan dengan mesranya dan memberikan potongan
harga kepada kami.
Pada pukul 2.00 petang, kami pun pulang
ke rumah. Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke pameran buku. Saya berharap agar bapa membawa kami pergi ke
pameran buku lagi pada masa akan datang.
16 comments - Berkunjung ke Pameran Buku
Terima kasih Cikgu Goh...
Seterusnya , saya menuju ke rak buku untuk membeli buku rujukan dan buku latiahan. Selepas itu, ibu saya membuat pembayaran di kaunter. Juruwang memberikan potongan harga kepada kami. Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke pesta buku.