Hari Kantin - Ringkas
Pada
hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin
itu diadakan di padang sekolah.
Hari Kantin diadakan untuk mengumpul
dana bagi membaiki kemudahan sekolah seperti tandas, bilik-bilik khas, dewan
dan perpustakaan. Selain itu, murid-murid juga berpeluang mempelajari ilmu
perniagaan.
Aktiviti Hari Kantin dimulakan pada
pukul 8.00 pagi. Orang ramai membeli barangan dengan menggunakan kupon. Hari
Kantin itu mendapat sambutan hangat daripada semua pihak.
Terdapat banyak gerai yang dibuka pada
Hari Kantin seperti gerai makanan, gerai minuman, gerai alat mainan dan
lain-lain lagi. Banyak orang membeli barangan yang dijual semasa Hari Kantin.
Hari Kantin tamat pada pukul 2.00
petang. Kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami
pun pulang ke rumah masing-masing.