Kata Hubung
1. Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata yang menghubungkan klausa. Ayat yang terbentuk dengan menggunakan kata hubung ini disebut ayat majmuk gabungan. Berikut merupakan kata hubung gabungan.
- dan
- atau
- tetapi
- serta
- lalu
- malahan
- sambil
- kemudian
Contoh:
Ayat 1:
Alex bermain badminton.
Alvin bermain badminton.
Ayat majmuk: Alex dan Alvin bermain badminton.
Ayat 2:
Razlan lulus ujian.
Adik Razlan gagal ujian.
Ayat majmuk: Razlan lulus ujian tetapi adiknya gagal.
Ayat 3:
Aiman membuang sampah.
Aiman membakar sampah.
Ayat majmuk: Aiman membuang sampah lalu membakarnya.
2. Kata Hubung Pancangan
2.1 Kata hubung pancangan relatif
2.2 Kata hubung pancangan komplemen
2.3 Kata hubung pancangan keterangan
2.1 Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung pancangan relatif hanya satu sahaja iaitu kata 'yang'. Tujuannya adalah untuk menghubungkan satu klausa utama dengan klausa kecil.
Contoh:
1. Lelaki yang diberkas itu telah diberikan amaran.
2. Kakak yang membelikan saya baju itu.
3. Pemuda yang kacak itu ialah abang saya.
2.2 Kata hubung pancangan komplemen
Tujuan kata hubung pancangan komplemen adalah untuk melengkapkan klausa utama atau pelengkap kepada klausa utama. Kata hubung pancangan komplemen ialah 'bahawa'.
Contoh:
1. Puan Siti menyatakan bahawa anaknya sangat pandai.
2. Kita harus beringat bahawa ilmu agama amatlah penting kepada kita.
3. Zailani tidak menyedari bahawa wangnya telah hilang.
2.3 Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan ialah kata hubung yang menjadi penghubung keterangan kepada klausa utama. Kata hubung keterangan adalah sepeerti berikut:
- kerana
- sekiranya
- kalau
- hingga
- sementara
- ketika
- walaupun
- agar
- semoga
- andai kata
- jika / jikalau
- setelah
- tatkala
- sungguhpun
- meskipun
- supaya
- kendatipun
- semasa
- sewaktu
- untuk
- apabila
Contoh:
1. Pekerja itu sering dimarah kerana malas bekerja.
2. Jikalau kita rajin belajar, kita akan mendapat keputusan yang cemerlang.
3. Walaupun Fendi buta tetapinya hatinya terang.
4. Shafiq jatuh miskin setelah perniagaannya gagal.
5. Murid-murid pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahan.