GURU SAYA
Setiap orang mempunyai guru. Saya juga tidak terkecuali.
Guru saya bernama Cikgu Goh. Beliau berumur 35 tahun dan dilahirkan di negeri Kelantan. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik.
Cikgu Goh mengajar di SJK(C) Pu Sze. Beliau mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Cikgu Goh mengajar anak-anak muridnya dengan penuh kesabaran.
Guru saya sangat rajin dan bertanggungjawab. Beliau akan membersihkan rumahnya setiap hari. Di samping itu, beliau juga akan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarganya.
Hobi Cikgu Goh ialah membaca surat khabar. Beliau akan membaca surat khabar pada masa lapang. Selain itu, beliau juga suka berjoging bersama kawan-kawannya di taman rekreasi untuk menjaga kesihatan badan.
Saya berasa bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang guru yang penyayang dan baik hati. Saya berharap agar beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.