Contoh Jawapan Ulasan (Aktiviti Sebuah Keluarga Membersihkan Kawasan Kediaman)
Gambar menunjukkan aktiviti sebuah keluarga membersihkan kediaman mereka. Terdapat banyak faedah jika kita bergotong-royong bersama keluarga.
Antaranya, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan semasa membersihkan kawasan rumah bersama keluarga kerana kita boleh saling membantu antara satu sama lain. Seterusnya, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, bergotong-royong membersihkan kediaman kita dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Dengan itu, kesihatan kita juga terjamin. Akhir sekali, kita dapat tinggal di rumah yang bersih dan selesa dengan melakukan aktiviti gotong-royong bersama keluarga pada setiap hujung minggu.
Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa melakukan aktiviti bersama keluarga agar dapat meluangkan masa yang berharga bersama keluarga yang tercinta.
Contoh Jawapan Ulasan (Poster Faedah Buah-buahan Tempatan)
Gambar tersebut menunjukkan poster faedah buah-buahan tempatan di negara kita. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak faedah.
Buah-buahan tempatan seperti pisang, rambutan, tembikai dan sebagainya sangat berkhasiat kerana dapat membekalkan vitamin dan serat kepada kita. Buah-buahan tempatan ini juga mudah didapati di mana-mana tempat dengan harga yang murah dan berpatutan. Tambahan pula, buah-buahan tempatan sungguh sedap dan segar berbanding buah-buahan import. Hasil penjualan buah-buahan tempatan ini dapat menjana pendapatan yang lumayan dan boleh meningkatkan sosioekonomi rakyat di negara kita.
Tuntasnya, buah-buahan tempatan memberikan banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, kita perlulah sentiasa makan buah-buahan tempatan.
Contoh Jawapan Ulasan (Kebaikan Mempromosikan Permainan Tradisional)
Gambar ini menunjukkan kebaikan mempopularkan permainan tradisional. Permainan tradisional yang terdapat di negara kita sungguh unik.
Permainan tradisional boleh dijadikan produk pelancongan kerana dapat menarik perhatian para pelancong. Dengan itu, ekonomi negara juga dapat ditingkatkan. Selain itu, permainan tradisional juga boleh dijadikan sumber hiburan kepada kanak-kanak yang boleh menghiburkan hati mereka. Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bermain permainan tradisional bersama kawan-kawan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Akhir sekali, bermain permainan tradisional dapat mengekalkan warisan budaya bangsa agar generasi pada masa akan datang dapat mengenali permainan tradisional yang terdapat di negara kita.
Kesimpulannya, permainan tradisional memberikan banyak kebaikan kepada kita. Jadi, kita haruslah menghargai permainan tradisional tersebut.
Contoh Jawapan Ulasan (Poster Pencegahan Demam Denggi)
Pada setiap hujung minggu, kita perlu mengambil masa selama 10 minit untuk bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan. Selain itu, kita juga harus membuang air yang bertakung agar nyamuk Aedes tidak membiak. Seterusnya, kita hendaklah membubuh ubat jejentik supaya dapat menghapuskan jejentik yang membiak di dalam takungan air tersebut. Sekiranya terdapat tanda-tanda dijangkiti denggi, kita haruslah mendapatkan rawatan dengan kadar segera di klinik atau hospital yang berhampiran dengan rumah kita.
Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan untuk mengelakkan demam denggi yang boleh membahayakan nyawa kita.
Contoh Jawapan Ulasan (Hari Perayaan di Sekolah)
Maklumat tersebut merupakan hari perayaan yang
diadakan di sekolah.
Murid-murid
akan menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun. Tujuan sambutan ini
diadakan adalah untuk mengenang dan menghargai jasa
pemimpin-pemimpin negara kita yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Selain
itu, murid-murid juga akan menyambut Hari Guru di sekolah pada 16 Mei setiap
tahun untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru yang telah
mendidik dan mengajar kita sehingga menjadi seorang murid yang berilmu dan
berakhlak mulia. Di samping itu, pihak sekolah juga akan mengadakan Hari Anugerah untuk meraikan murid-murid yang telah memenangi pelbagai pertandingan
yang mereka sertai.
Kesimpulannya,
sambutan pelbagai perayaan di sekolah amat menggembirakan murid-murid.
Contoh Jawapan Ulasan (Kepentingan Air kepada Manusia)
Gambar
tersebut menunjukkan kepentingan air kepada manusia.
Air sangat penting dalam kehidupan kita.
Kita memerlukan air untuk mandi pada setiap hari. Badan kita akan menjadi
bersih dan selesa selepas mandi. Selain itu, air digunakan untuk menyiram
tanaman supaya tanaman dapat tumbuh dengan subur dan kelihatan segar.
Seterusnya, air juga penting untuk kegunaan harian seperti mencuci pakaian,
memasak, minum dan sebagainya. Tanpa air, manusia akan mati kerana manusia
perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
Contoh Jawapan Ulasan (Keselamatan Kanak-kanak di Taman Permainan)
Gambar
menunjukkan keselamatan kanak-kanak di taman permainan.
Semasa bermain di taman, kanak-kanak
haruslah ditemani oleh orang dewasa supaya dapat menjamin keselamatan mereka. Seterusnya,
kanak-kanak tidak boleh mendekati orang yang tidak dikenali agar tidak berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini. Selain itu, kita hendaklah memastikan
peralatan permainan berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan kecederaan. Akhir sekali, kita perlulah
memakai pakaian yang sesuai semasa bermain di taman permainan untuk mengurangkan risiko
kemalangan.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga
keselamatan diri semasa bermain di taman permainan kerana malang tidak berbau.
Contoh Jawapan Ulasan (Langkah-langkah Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas)
Peta bulatan menunjukkan langkah-langkah mengatasi masalah kesesakan
lalu lintas. Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas.
Antaranya,
pihak kerajaan haruslah meningkatkan mutu dan
bilangan pengangkutan awam supaya dapat menyediakan perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat. Seterusnya, kita boleh berkongsi
kereta dengan kawan-kawan dan keluarga untuk mengurangkan bilangan kenderaan di
jalan raya. Selain itu, pihak kerajaan perlulah menambah
bilangan jalan raya supaya dapat menampung bilangan
kenderaan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Akhir sekali, semua
pihak mestilah bersama-sama memantau masalah ini agar tidak menimbulkan sebarang kesulitan kepada
mana-mana pihak.
Kesimpulannya,
masalah kesesakan lalu lintas dapat diatasi dengan adanya kerjasama daripada
semua pihak.
Contoh Jawapan Ulasan (Faedah Membaca kepada Murid)
Gambar menunjukkan faedah membaca kepada murid. Kita
akan mendapat banyak faedah jika kita banyak membaca.
Antaranya,
kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah agar tidak
terjebak dengan masalah sosial yang boleh merosakkan diri kita. Dengan membaca,
kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan supaya kita dapat menjadi seorang
murid yang berpengetahuan luas dalam pelbagai lapangan ilmu. Seterusnya,
membaca dapat menambahkan perbendaharaan kata dalam menghasilkan penulisan yang
mantap. Akhir sekali, membaca membolehkan kita berjaya dalam pelajaran dan
menjadi seorang murid yang cemerlang di sekolah.
Kesimpulannya,
kita haruslah memupuk budaya membaca sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Contoh Jawapan Ulasan - Ringkas (Faedah Membaca kepada Murid)
Gambar
menunjukkan faedah membaca kepada murid.
Pertama, membaca
dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Kedua, membaca dapat
menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu dan berguna. Ketiga, membaca juga dapat
menambahkan perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam penulisan. Keempat,
membaca membolehkan kita berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang murid yang
cemerlang di sekolah.
Kesimpulannya,
kita haruslah memupuk budaya membaca sejak kecil lagi.
Contoh Jawapan Ulasan (Kepentingan Persekitaran yang Bersih)
Persekitaran
yang bersih amatlah penting dalam kehidupan kita.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut
udara yang segar. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat oksigen yang secukupnya. Selain itu, menjaga alam sekitar adalah
penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Seterusnya,
kelakuan membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai tercemar dan
hidupan di dalam sungai juga akan mati dan terjejas kerana kekurangan oksigen.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan alam
sekitar kita dengan sebaik mungkin.
Contoh Jawapan Ulasan (Sajak Keindahan Bumi Kita)
Sajak tersebut menunjukkan
keindahan bumi kita.
Kita
perlu mengingati pesanan guru supaya menjaga dan menghargai bumi kita dengan sebaik
mungkin untuk dikekalkan kepada generasi akan datang. Seterusnya, kita haruslah
menyertai aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran agar dapat
melahirkan rasa cinta akan bumi ini. Selain itu, pihak kerajaan haruslah
mengadakan kempen “Sayangi Bumi Kita” untuk memberikan kesedaran kepada orang
ramai tentang kepentingan memelihara bumi kita. Akhir sekali, kita bolehlah
menanam pokok bakau untuk menghijaukan bumi kita.
Kesimpulannya,
kita mestilah sentiasa menjaga keindahan bumi kita agar bumi kita sentiasa
terpelihara.
Contoh Jawapan Ulasan (Kepentingan Internet)
Gambar
tersebut menunjukkan kegunaan Internet kepada murid. Terdapat pelbagai kegunaan Internet kepada murid.
Antaranya, kita boleh mendapatkan maklumat yang baharu dan berguna melalui Internet. Pelbagai maklumat dapat diakses dengan mudah dan
pantas tidak kira di mana kira berada. Melalui Internet, kita boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran terkini
yang dapat membantu kita dalam proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan Internet juga membolehkan kita membuat
rujukan tanpa ke perpustakaan supaya dapat menjimatkan masa. Akhir sekali,
penggunaan Internet membolehkan kita berkomunikasi dengan sesiapa sahaja melalui media sosial seperti
Facebook, Whatsapp, Wechat dan sebagainya.
Kesimpulannya, penggunaan Internet
amatlah penting dalam kehidupan kita. jadi kita haruslah memanfaatkan penggunaan Internet dengan sebaik mungkin.
Contoh Jawapan Ulasan (Amalan Bersopan santun)
Amalan bersopan santun amatlah penting dalam kehidupan
harian kita sebagai masyarakat yang penyayang.
Kita
haruslah menundukkan kepala semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua sebagai
tanda hormat terhadap mereka. Seterusnya, kita haruslah memberikan tempat duduk
kepada wanita yang mengandung supaya
mereka tidak terjatuh dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Selain
itu, kita hendaklah menyambut kedatangan tetamu dengan mesranya. Hal ini
dikatakan demikian kerana tetamu yang datang akan berasa selesa dan gembira. Di
samping itu, kita perlulah bertegur sapa dengan orang kelainan upaya dan
membantu mereka melintasi jalan raya dengan selamatnya.
Kesimpulannya,
kita perlulah memupuk amalan bersopan santun sejak kecil lagi seperti melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Contoh Jawapan Ulasan (Buah-buahan Tempatan)
Gambar tersebut menunjukkan buah-buahan tempatan di
negara kita. Negara kita kaya dengan buah-buahan tempatan yang dapat menarik
perhatian para pelancong.
Buah-buahan
tempatan di negara kita terdiri daripada buah-buahan bermusim dan buah-buahan
tidak bermusim. Buah-buahan bermusim adalah seperti durian, manggis, langsat
dan lain-lain lagi. Buah-buahan tidak bermusim pula adalah seperti pisang,
tembikai, betik dan sebagainya. Buah-buahan tempatan ini sungguh segar dan enak
kerana rasanya sungguh manis. Selain itu, buah-buahan tempatan sangat
berkhasiat kerana dapat membekalkan vitamin dan serat kepada manusia.
Buah-buahan tempatan juga mudah diperoleh di mana-mana tempat dengan harga yang
berpatutan. Hasil penjualan buah-buahan
tempatan ini dapat menjanakan pendapatan yang lumayan .
Tuntasnya,
buah-buahan tempatan memberikan banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, kita
perlulah sentiasa makan buah-buahan tempatan.
Contoh Jawapan Ulasan (Kebaikan Kitar Semula)
Gambar menunjukkan kebaikan kitar semula. Terdapat
pelbagai kebaikan jika kita mengamalkan kitar semula.
Antaranya,
kita dapat mewujudkan persekitaran yang bersih. Ini kerana persekitaran yang
bersih dapat menjamin kesihatan kita. Seterusnya, amalan kitar semula dapat
mengurangkan ancaman alam sekitar dan kita dapat menghirup udara yang segar.
Selain itu, amalan kitar semula juga dapat menjimatkan kos penyelenggaraan
tapak pelupusan sampah dan kuantiti sampah juga dapat dikurangkan. Akhir
sekali, kita juga dapat menyelamatkan hutan kerana pokok-pokok tidak ditebang
secara tidak terkawal untuk menghasilkan kertas.
Tuntasnya,
semua pihak perlulah bekerjasama dalam memupuk amalan kitar semula supaya dapat
menyelamatkan bumi kita.
Contoh Jawapan Ulasan (Penggunaan Papan Tulis Interaktif)
Papan interaktif merupakan papan tulis elektronik yang menggunakan teknologi yang canggih.
Papan interaktif ini mudah digunakan dan dibersihkan pada bila-bila masa. Penggunaan papan interaktif dapat menarik perhatian dan tidak membosankan murid-murid ketika belajar di dalam kelas. Dengan itu, murid-murid dapat menumpukan sepenuhnya perhatian semasa guru mengajar agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Melalui penggunaan papan interaktif, kita dapat menggunakan jari atau pen yang khas untuk menulis dengan menyentuh permukaan papan yang licin. Papan interaktif ini dihubungkan dengan komputer bagi memudahkan kita mencari maklumat yang berguna melalui capaian Internet.
Kesimpulannya,
penggunaan papan interaktif ini dapat memberikan banyak kebaikan kepada kita
semasa belajar di dalam kelas.
Contoh Jawapan Ulasan (Poster Pameran Buku)
Gambar
menunjukkan poster pameran buku.
Pameran Buku Gombak akan diadakan pada
2 hingga 12 Mac iaitu selama 11 hari dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam
pada setiap hari. Pameran Buku Gombak akan diadakan di Dewan Terbuka Gombak.
Selain itu, para pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran semasa mengunjungi
pameran buku ini kerana masuk adalah percuma. Justeru, orang ramai dijemput
hadir ke pameran buku ini kerana potongan harga sehingga 70% akan diberikan. Di
samping itu, pelbagai aktiviti juga akan diadakan termasuklah pertandingan
bercerita, sesi bertemu penulis dan cabutan bertuah.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Datanglah bermai-ramai ke pameran buku dan nikmatilah penjimatan hebat ini.
Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum (Ringkas)
Rajah
tersebut menunjukkan kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.
Pertama, kita boleh melatih diri supaya
berdisiplin dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Kedua, kita boleh memupuk
semangat perpaduan dengan menyertai kokurikulum di sekolah. Ketiga, kita boleh
meningkatkan daya kepimpinan dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Keempat,
kita boleh mendapat ilmu yang bermanfaat dengan menyertai aktiviti kokurikulum
secara aktif di sekolah.
Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum
adalah sangat penting kepada semua murid.
Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri (Ringkas)
Gambar ini menunjukkan
cara-cara menjaga kesihatan.
Pertama, kita
mestilah bersenam pada setiap pagi untuk menyihatkan badan. Kedua, kita
hendaklah makan makanan yang sihat untuk mendapat zat yang mencukupi. Ketiga,
kita patutlah mandi dan menggosok gigi dua kali sehari supaya badan kita
sentiasa bersih. Keempat, kita perlulah minum air yang secukupnya untuk menjaga
kesihatan badan.
Kesimpulannya,
kita haruslah menjaga kesihatan diri pada setiap masa.