Contoh Jawapan Ulasan (Aktiviti Sebuah Keluarga Membersihkan Kawasan Kediaman)
Gambar menunjukkan aktiviti sebuah keluarga membersihkan kediaman mereka. Terdapat banyak faedah jika kita bergotong-royong bersama keluarga.
Antaranya, kita dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan semasa membersihkan kawasan rumah bersama keluarga kerana kita boleh saling membantu antara satu sama lain. Seterusnya, kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, bergotong-royong membersihkan kediaman kita dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan demam denggi. Dengan itu, kesihatan kita juga terjamin. Akhir sekali, kita dapat tinggal di rumah yang bersih dan selesa dengan melakukan aktiviti gotong-royong bersama keluarga pada setiap hujung minggu.
Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa melakukan aktiviti bersama keluarga agar dapat meluangkan masa yang berharga bersama keluarga yang tercinta.
15 comments - Contoh Jawapan Ulasan (Aktiviti Sebuah Keluarga Membersihkan Kawasan Kediaman)
2. mengisi masa lapang
3. membersihkan kediaman
4. melakukan aktiviti gotong-royong
Bagus!
2. mengisi masa lapang
3. membersihkan kediaman
4. melakukan aktiviti gotong-royong
Bagus!
2. mengisi masa lapang
3. membersihkan kediaman
4. melakukan aktiviti gotong-royong
Bagus!
2. mengisi masa lapang
3. membersihkan kediaman
4. melakukan aktiviti gotong-royong
Terima Kasih Cikgu Goh!
'
Cikgu Goh, saya dapat belajar banyak selepas
1.mengeratkan hubungan kekeluargaan
2. mengisi masa lapang
3. membersihkan kediaman
4. melakukan aktiviti gotong-royong