Contoh Jawapan Ulasan (Kepentingan Persekitaran yang Bersih)
May 4, 2020 at 10:01 pm,
2 comments
Persekitaran
yang bersih amatlah penting dalam kehidupan kita.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut
udara yang segar. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita
mendapat oksigen yang secukupnya. Selain itu, menjaga alam sekitar adalah
penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Seterusnya,
kelakuan membuang sampah ke dalam sungai akan menyebabkan sungai tercemar dan
hidupan di dalam sungai juga akan mati dan terjejas kerana kekurangan oksigen.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan alam
sekitar kita dengan sebaik mungkin.
2 comments - Contoh Jawapan Ulasan (Kepentingan Persekitaran yang Bersih)
TEE YU HUI - September 5, 2020 at 7:23 pm
Cikgu Goh saya berlajar banyak selepas saya membaca ulasan ini.Terima kasih Cikgu Goh.
Lee Qian Hui - October 26, 2020 at 2:47 pm
Cikgu Goh,saya belajar banyak daripada ulasan ini.
Terima Kasih Cikgu Goh!
Terima Kasih Cikgu Goh!