Contoh Jawapan Ulasan (Faedah Membaca kepada Murid)
Gambar menunjukkan faedah membaca kepada murid. Kita
akan mendapat banyak faedah jika kita banyak membaca.
Antaranya,
kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah agar tidak
terjebak dengan masalah sosial yang boleh merosakkan diri kita. Dengan membaca,
kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan supaya kita dapat menjadi seorang
murid yang berpengetahuan luas dalam pelbagai lapangan ilmu. Seterusnya,
membaca dapat menambahkan perbendaharaan kata dalam menghasilkan penulisan yang
mantap. Akhir sekali, membaca membolehkan kita berjaya dalam pelajaran dan
menjadi seorang murid yang cemerlang di sekolah.
Kesimpulannya,
kita haruslah memupuk budaya membaca sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya.