Contoh Jawapan Ulasan (Poster Faedah Buah-buahan Tempatan)
Gambar tersebut menunjukkan poster faedah buah-buahan tempatan di negara kita. Buah-buahan tempatan mempunyai banyak faedah.
Buah-buahan tempatan seperti pisang, rambutan, tembikai dan sebagainya sangat berkhasiat kerana dapat membekalkan vitamin dan serat kepada kita. Buah-buahan tempatan ini juga mudah didapati di mana-mana tempat dengan harga yang murah dan berpatutan. Tambahan pula, buah-buahan tempatan sungguh sedap dan segar berbanding buah-buahan import. Hasil penjualan buah-buahan tempatan ini dapat menjana pendapatan yang lumayan dan boleh meningkatkan sosioekonomi rakyat di negara kita.
Tuntasnya, buah-buahan tempatan memberikan banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, kita perlulah sentiasa makan buah-buahan tempatan.