Contoh Jawapan Ulasan (Penggunaan Papan Tulis Interaktif)
Papan interaktif merupakan papan tulis elektronik yang menggunakan teknologi yang canggih.
Papan interaktif ini mudah digunakan dan dibersihkan pada bila-bila masa. Penggunaan papan interaktif dapat menarik perhatian dan tidak membosankan murid-murid ketika belajar di dalam kelas. Dengan itu, murid-murid dapat menumpukan sepenuhnya perhatian semasa guru mengajar agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Melalui penggunaan papan interaktif, kita dapat menggunakan jari atau pen yang khas untuk menulis dengan menyentuh permukaan papan yang licin. Papan interaktif ini dihubungkan dengan komputer bagi memudahkan kita mencari maklumat yang berguna melalui capaian Internet.
Kesimpulannya,
penggunaan papan interaktif ini dapat memberikan banyak kebaikan kepada kita
semasa belajar di dalam kelas.