Contoh Jawapan Ulasan (Amalan Bersopan santun)
Amalan bersopan santun amatlah penting dalam kehidupan
harian kita sebagai masyarakat yang penyayang.
Kita
haruslah menundukkan kepala semasa berjumpa dengan orang yang lebih tua sebagai
tanda hormat terhadap mereka. Seterusnya, kita haruslah memberikan tempat duduk
kepada wanita yang mengandung supaya
mereka tidak terjatuh dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Selain
itu, kita hendaklah menyambut kedatangan tetamu dengan mesranya. Hal ini
dikatakan demikian kerana tetamu yang datang akan berasa selesa dan gembira. Di
samping itu, kita perlulah bertegur sapa dengan orang kelainan upaya dan
membantu mereka melintasi jalan raya dengan selamatnya.
Kesimpulannya,
kita perlulah memupuk amalan bersopan santun sejak kecil lagi seperti melentur
buluh biarlah dari rebungnya.