Aku Sebuah Kamus (Ringkas)
Aku sebuah kamus. Aku bernama Kamus Pelajar. Badanku berwarna biru dan diperbuat daripada kertas.
Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Setelah siap
diproses, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku di Skudai. Di sana,
aku dipamerkan di atas rak buku untuk dijual kepada pelanggan.
Pada suatu hari, seorang budak perempuan datang ke kedai
buku itu untuk membeli sebuah kamus yang baharu. Selepas membuat pilihan, budak
itu memilih aku lalu membeliku dengan harga RM 25.00. Selepas itu, dia pun
membawa aku pulang ke rumahnya.
Rupa-rupanya, tuan aku bernama Siti. Setiap hari, tuan aku
mambawa aku pergi ke sekolahnya. Dia menggunakan aku untuk mencari makna
perkataan. Kawan-kawannya memuji aku sangat cantik dan berguna.
Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik
hati. Aku akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.
Aku Sebuah Telefon Pintar (Versi Baharu)
Aku sebuah telefon pintar. Aku
bernama Oppo Reno 2. Badanku berwarna hitam dan diperbuat daripada plastik yang
berkualiti tinggi.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam.
Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai telekomunikasi
di Skudai. Di sana, kami dipamerkan di dalam almari kaca untuk dijual kepada
para pelanggan. Aku mengenali banyak kawan di sana seperti Samsung, Huawei,
Vivo dan sebagainya.
Pada suatu hari,
seorang pemuda datang ke kedai itu untuk membeli sebuah telefon pintar yang
baharu. Dia rambang mata semasa membuat pilihan kerana terdapat pelbagai jenis
telefon pintar yang canggih di kedai itu. Selepas membuat pilihan, pemuda itu tertarik
dengan kecantikanku. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membeli aku dengan
harga RM 2300.
Selepas itu,
pemuda itu membawa aku pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya, tuan aku bernama Jia
Jie. Setiap hari, tuan aku membawa aku pergi ke tempat kerjanya. Tuan aku
menggunakan aku untuk menghubungi kawan-kawan dan keluarganya. Kawan-kawannya
memuji aku sangat cantik dan canggih.
Tuan aku
menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Dia akan mengelap
badanku setiap hari. Oleh itu, aku sentiasa kelihatan bersih dan berkilat.
Selepas dibersihkan, badanku berasa sangat selesa. Tuan aku sangat sayang akan
diriku.
Aku berasa sangat bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang baik hati dan bertanggungjawab. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar tuan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Aku Sepasang Kasut Sekolah
Aku
sepasang kasut sekolah. Aku bernama Pallas. Badanku berwarna putih dan
diperbuat daripada kain kanvas yang berkualiti tinggi.
Aku Sebuah Telefon Pintar
Aku sebuah telefon pintar. Aku bernama Oppo Reno. Badan aku berwarna hitam dan diperbuat daripada plastik yang berkualiti tinggi.
Aku Sebuah Kamus - Ringkas
Aku sebuah kamus. Aku bernama Kamus Pelajar. Badan aku berwarna
biru dan diperbuat daripada kertas.
Aku Sepasang Kasut Sekolah (Ringkas)
Aku sepasang kasut sekolah. Aku bernama Pallas. Badanku berwarna putih dan diperbuat daripada kain.
Aku dilahirkan di Kuala Lumpur. Setelah siap diproses, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai kasut di Skudai.
Pada suatu hari, seorang budak datang ke kedai untuk membeli kasut sekolah. Selepas membuat pilihan, dia tertarik dengan kecantikanku. Akhirnya, budak itu membeliku dengan harga RM 35.00.
Rupa-rupanya, tuan aku bernama Alex. Setiap hari, tuan aku memakai aku pergi ke sekolahnya. Tuan aku menggunakan aku dengan cermatnya. Kawan-kawannya memuji aku sangat cantik.
Aku berasa sangat gembira kerana ada seorang tuan yang baik. Aku akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.
Aku Sepasang Kasut Sekolah
Aku sepasang kasut sekolah. Aku bernama Adidas. Badanku berwarna putih seperti kapas dan diperbuat daripada kain kanvas yang berkualiti tinggi.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam. Setelah siap diproses, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai kasut di Skudai. Aku mengenali banyak kawan di sana.