Aku Sebuah Kamus (Ringkas)
Aku sebuah kamus. Aku bernama Kamus Pelajar. Badanku berwarna biru dan diperbuat daripada kertas.
Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Setelah siap
diproses, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku di Skudai. Di sana,
aku dipamerkan di atas rak buku untuk dijual kepada pelanggan.
Pada suatu hari, seorang budak perempuan datang ke kedai
buku itu untuk membeli sebuah kamus yang baharu. Selepas membuat pilihan, budak
itu memilih aku lalu membeliku dengan harga RM 25.00. Selepas itu, dia pun
membawa aku pulang ke rumahnya.
Rupa-rupanya, tuan aku bernama Siti. Setiap hari, tuan aku
mambawa aku pergi ke sekolahnya. Dia menggunakan aku untuk mencari makna
perkataan. Kawan-kawannya memuji aku sangat cantik dan berguna.
Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik
hati. Aku akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.
Terima Kasih Cikgu Goh!