Aku sebuah kamus. Aku bernama Kamus Pelajar. Badan aku berwarna
biru dan diperbuat daripada kertas.
Aku dilahirkan di sebuah kilang di Shah Alam. Setelah siap diproses,
aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku di Skudai, Di sana, kami dipamerkan di atas rak rak buku untuk dijual.
Pada suatu hari, seorang wanita membawa anaknya datang ke
kedai buku itu untuk membeli sebuah kamus baharu. Selepas membuat pilihan, anaknya
memilih aku lalu membeliku dengan harga RM 25.00. Selepas itu, mereka membawa
aku pulang ke rumah.
Rupa-rupanya, tuan aku bernama Goh Jia Nie. Setiap hari, tuan
aku membawa aku pergi ke sekolahnya. Tuan aku menggunakan aku untuk mencari makna
perkataan. Kawan-kawannya memuji aku sangat berguna dan cantik.
Aku berasa sangat gembira kerana mempunyai seorang tuan yang
baik hati. Aku akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.
3 comments - Aku Sebuah Kamus - Ringkas
Khoo Ai Qing - July 13, 2020 at 9:40 am
Terima kasih cikgu. Saya dapat belajar bagaimana menulis karangan biografi dengan baiknya. Syabas!
TEE YU HUI - September 24, 2020 at 3:07 pm
Cikgu Goh, saya dapat belajar banyak selepas saya membaca contoh karangan biografi ini! Terima kasih Cikgu Goh.