Aku Sebuah Telefon Pintar (Versi Baharu)
Aku sebuah telefon pintar. Aku
bernama Oppo Reno 2. Badanku berwarna hitam dan diperbuat daripada plastik yang
berkualiti tinggi.
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam.
Setelah siap dipasang, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai telekomunikasi
di Skudai. Di sana, kami dipamerkan di dalam almari kaca untuk dijual kepada
para pelanggan. Aku mengenali banyak kawan di sana seperti Samsung, Huawei,
Vivo dan sebagainya.
Pada suatu hari,
seorang pemuda datang ke kedai itu untuk membeli sebuah telefon pintar yang
baharu. Dia rambang mata semasa membuat pilihan kerana terdapat pelbagai jenis
telefon pintar yang canggih di kedai itu. Selepas membuat pilihan, pemuda itu tertarik
dengan kecantikanku. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membeli aku dengan
harga RM 2300.
Selepas itu,
pemuda itu membawa aku pulang ke rumahnya. Rupa-rupanya, tuan aku bernama Jia
Jie. Setiap hari, tuan aku membawa aku pergi ke tempat kerjanya. Tuan aku
menggunakan aku untuk menghubungi kawan-kawan dan keluarganya. Kawan-kawannya
memuji aku sangat cantik dan canggih.
Tuan aku
menjaga aku dengan baik bagai menatang minyak yang penuh. Dia akan mengelap
badanku setiap hari. Oleh itu, aku sentiasa kelihatan bersih dan berkilat.
Selepas dibersihkan, badanku berasa sangat selesa. Tuan aku sangat sayang akan
diriku.
Aku berasa sangat bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang tuan yang baik hati dan bertanggungjawab. Aku berjanji akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya. Aku juga berharap agar tuan aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
4 comments - Aku Sebuah Telefon Pintar (Versi Baharu)
ikgu sangat bagus!
A++