Aku Sepasang Kasut Sekolah (Ringkas)
Aku sepasang kasut sekolah. Aku bernama Pallas. Badanku berwarna putih dan diperbuat daripada kain.
Aku dilahirkan di Kuala Lumpur. Setelah siap diproses, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai kasut di Skudai.
Pada suatu hari, seorang budak datang ke kedai untuk membeli kasut sekolah. Selepas membuat pilihan, dia tertarik dengan kecantikanku. Akhirnya, budak itu membeliku dengan harga RM 35.00.
Rupa-rupanya, tuan aku bernama Alex. Setiap hari, tuan aku memakai aku pergi ke sekolahnya. Tuan aku menggunakan aku dengan cermatnya. Kawan-kawannya memuji aku sangat cantik.
Aku berasa sangat gembira kerana ada seorang tuan yang baik. Aku akan berkhidmat untuk tuan aku buat selama-lamanya.