Jiran Saya - Ringkas (untuk murid Galus)
Setiap orang mempunyai jiran. Saya juga tidak
terkecuali.
Jiran saya
bernama Benny. Dia berumur 12 tahun. Dia tinggal di Taman Sri Skudai. Dia mempunyai
tiga orang adik-beradik.
Benny belajar
di SJK(C) Pu Sze. Dia ialah seorang murid yang baik dan pandai. Dia juga selalu
membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah.
Benny ialah
seorang anak yang rajin. Dia selalu membantu ibu bapanya membuat kerja rumah. Benny
akan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam.
Hobi Benny
bermain bola sepak. Dia selalu bermain bola sepak dengan kawan-kawannya di
taman rekreasi untuk mengisi masa lapang.
Saya berasa
gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik. Saya berharap agar dia
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Sahabat Karib Saya
Semua
orang mempunyai sahabat karib. Saya juga tidak terkecuali. Sahabat merupakan
orang yang sentiasa menemani dan menggembirakan kita pada setiap masa.
Sahabat karib saya bernama Wen Siong.
Pada tahun ini, dia berumur 12 tahun. Dia dilahirkan di negeri Johor. Wen Siong
mempunyai dua orang adik-beradik. Dia berbadan kurus dan tinggi serta berkaca
mata.
Sahabat karib saya belajar di SJK(C) Pu Sze, Skudai. Kami belajar di sekolah yang sama. Pada setiap pagi, kami pergi ke sekolah bersama-sama dengan menaiki bas sekolah. Wen Siong merupakan seorang pengawas di sekolah. Dia menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia ialah seorang murid yang pandai di dalam kelas. Semasa guru mengajar di dalam kelas, dia akan menumpukan sepenuh perhatian agar dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar oleh guru.
Wen Siong ialah seorang anak yang rajin. Dia sentiasa membantu ibu bapanya membuat kerja rumah supaya dapat meringankan beban mereka. Wen Siong juga akan mengulang kaji pelajarannya pada setiap malam agar dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pada masa lapang, dia akan membaca surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Hobi Wen Siong ialah menanam pokok
bunga. Dia menanam pelbagai jenis pokok bunga yang cantik di halaman rumahnya.
Oleh itu, halaman rumahnya kelihatan ceria. Pada setiap petang, dia akan
menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumahnya supaya tumbuh dengan subur dan
tidak layu. Selain itu, dia juga suka mengambil gambar dengan menggunakan
telefon pintarnya yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis.
Saya berasa sungguh bangga dan bertuah
kerana mempunyai seorang sahabat yang baik hati dan bertanggungjawab. Saya
berharap agar Wen Siong dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Guru Saya
Setiap
orang mempunyai guru. Saya juga tidak terkecuali. Guru merupakan orang yang
mengajar dan mendidik kita supaya menjadi seorang murid yang pandai.
Guru saya bernama Cikgu Goh. Beliau
berumur 35 tahun dan dilahirkan di
negeri Kelantan. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik.
Cikgu Goh mengajar di SJK(C) Pu Sze.
Beliau mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Cikgu
Goh mengajar anak-anak muridnya dengan penuh kesabaran agar mereka mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Guru saya sangat rajin dan
bertanggungjawab. Beliau akan membersihkan rumahnya setiap hari agar ahli
keluarganya dapat tinggal di rumah yang bersih dan selesa. Di samping itu,
beliau juga akan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarganya. Cikgu
Goh menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang
penuh.
Hobi Cikgu Goh ialah membaca surat
khabar. Beliau akan membaca surat khabar pada masa lapang untuk mengetahui
berita-berita terkini di dalam dan di luar negara. Selain itu, beliau juga suka
berjoging bersama kawan-kawannya di taman rekreasi untuk menjaga kesihatan
badan.
Saya berasa bangga dan bertuah kerana
mempunyai seorang guru yang penyayang dan baik hati. Saya berharap agar beliau
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Ibu Saya
Setiap orang mempunyai ibu. Saya juga tidak
terkecuali. Ibu saya merupakan insan yang teristimewa dalam hidup saya.
Ibu
saya bernama Lee Mei Ling. Pada tahun ini, beliau berumur 40 tahun. Ibu saya
dilahirkan di negeri Melaka. Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik.
Ibu
saya merupakan seorang guru. Beliau mengajar di SJK(C) Pu Sze. Ibu saya
mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Beliau
mengajar anak-anak muridnya dengan penuh kesabaran agar mereka mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Ibu
saya sangat rajin dan bertanggungjawab. Beliau akan membersihkan rumah kami
pada setiap hari agar kami sekeluarga dapat tinggal di rumah yang bersih dan
selesa. Di samping itu, beliau juga akan menyediakan makanan yang berkhasiat
untuk kami sekeluarga. Ibu saya menjaga kami sekelurga dengan penuh kasih
sayang bagai menatang minyak yang penuh.
Hobi
ibu saya ialah membaca surat khabar. Beliau akan membaca surat khabar pada masa
lapang untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Selain itu, beliau juga suka berjoging di taman rekreasi bersama kawan-kawannya
untuk menjaga kesihatan badan.
Saya
berasa bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang penyayang dan baik hati. Saya berharap agar ibu saya dipanjangkan
umur dan dimurahkan rezeki.