Sahabat Karib Saya
Semua
orang mempunyai sahabat karib. Saya juga tidak terkecuali. Sahabat merupakan
orang yang sentiasa menemani dan menggembirakan kita pada setiap masa.
Sahabat karib saya bernama Wen Siong.
Pada tahun ini, dia berumur 12 tahun. Dia dilahirkan di negeri Johor. Wen Siong
mempunyai dua orang adik-beradik. Dia berbadan kurus dan tinggi serta berkaca
mata.
Sahabat karib saya belajar di SJK(C) Pu Sze, Skudai. Kami belajar di sekolah yang sama. Pada setiap pagi, kami pergi ke sekolah bersama-sama dengan menaiki bas sekolah. Wen Siong merupakan seorang pengawas di sekolah. Dia menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab. Dia ialah seorang murid yang pandai di dalam kelas. Semasa guru mengajar di dalam kelas, dia akan menumpukan sepenuh perhatian agar dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar oleh guru.
Wen Siong ialah seorang anak yang rajin. Dia sentiasa membantu ibu bapanya membuat kerja rumah supaya dapat meringankan beban mereka. Wen Siong juga akan mengulang kaji pelajarannya pada setiap malam agar dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pada masa lapang, dia akan membaca surat khabar untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Hobi Wen Siong ialah menanam pokok
bunga. Dia menanam pelbagai jenis pokok bunga yang cantik di halaman rumahnya.
Oleh itu, halaman rumahnya kelihatan ceria. Pada setiap petang, dia akan
menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumahnya supaya tumbuh dengan subur dan
tidak layu. Selain itu, dia juga suka mengambil gambar dengan menggunakan
telefon pintarnya yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis.
Saya berasa sungguh bangga dan bertuah
kerana mempunyai seorang sahabat yang baik hati dan bertanggungjawab. Saya
berharap agar Wen Siong dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
35 comments - Sahabat Karib Saya
yang bagus
thank you sir !!!!!