Guru Saya
Setiap
orang mempunyai guru. Saya juga tidak terkecuali. Guru merupakan orang yang
mengajar dan mendidik kita supaya menjadi seorang murid yang pandai.
Guru saya bernama Cikgu Goh. Beliau
berumur 35 tahun dan dilahirkan di
negeri Kelantan. Beliau mempunyai dua orang adik-beradik.
Cikgu Goh mengajar di SJK(C) Pu Sze.
Beliau mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Cikgu
Goh mengajar anak-anak muridnya dengan penuh kesabaran agar mereka mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Guru saya sangat rajin dan
bertanggungjawab. Beliau akan membersihkan rumahnya setiap hari agar ahli
keluarganya dapat tinggal di rumah yang bersih dan selesa. Di samping itu,
beliau juga akan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk keluarganya. Cikgu
Goh menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang
penuh.
Hobi Cikgu Goh ialah membaca surat
khabar. Beliau akan membaca surat khabar pada masa lapang untuk mengetahui
berita-berita terkini di dalam dan di luar negara. Selain itu, beliau juga suka
berjoging bersama kawan-kawannya di taman rekreasi untuk menjaga kesihatan
badan.
Saya berasa bangga dan bertuah kerana
mempunyai seorang guru yang penyayang dan baik hati. Saya berharap agar beliau
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
12 comments - Guru Saya
bagus.Terima Kasih Cikgu Goh.