Penggunaan Kata Sendi Nama (dari & daripada)
dari - ATM
A=Arah (dari belakang, dari timur, dari depan)
T=Tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)
M=Masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)
daripada - KABOS
K=Keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)
A=Asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)
B=Bandingan (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)
O=Orang/Organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)
S=Sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)
Kesalahan
Penggunaan kata Sendi Nama dari … daripada:
1. dari:
Digunakan
untuk menerangkan tentang masa, arah dan tempat.
a) Saya berasal daripada Melaka (Salah)
b) Saya berasal dari Melaka. (Betul)
2. daripada
Digunakan untuk menerangkan selain daripada masa, arah dan tempat.
· b) Saya menerima surat daripada abang yang berada di luar negara. (Betul)