Belajar Teknik Menjawab Soalan KBAT BM UPSR
30 Apr, 2020,
2 comments
(TEMA: KESIHATAN)- berkaitan isu semasa
Soalan:
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan penjarakan sosial ketika negara kita menghadapi pandemik Covid-19? (3M)
Di sini terdapat beberapa contoh jawapan yang boleh dijadikan panduan kepada murid-murid.
Semoga bermanfaat.
CONTOH JAWAPAN 1:
Pada pendapat saya, kita perlu mengamalkan penjarakan sosial ketika negara kita menghadapi pandemik Covid-19 bagi mengelakkan jangkitan virus yang boleh membahayakan nyawa kita. Selain itu, kita juga dapat membantu usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang semakin menular di negara kita.
CONTOH JAWAPAN 2:
Pada pendapat saya, kita perlu mengamalkan penjarakan sosial ketika negara kita menghadapi pandemik Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan virus yang amat berbahaya ini. Selain itu, kita juga dapat menjaga keselamatan diri dan keluarga yang tercinta.
CONTOH JAWAPAN 3
Pada pendapat saya , kita perlu mengamalkan penjarakan sosial ketika negara kita menghadapi pandemik Covid-19 untuk mengelakkan diri kita daripada dijangkiti wabak ini. Selain itu, kesihatan diri kita dan keluarga juga akan terjamin serta dapat mengurangkan beban petugas barisan hadapan.
CONTOH JAWAPAN 4
Pada pendapat saya, kita perlu mengamalkan penjarakan sosial ketika negara kita menghadapi pandemik Covid-19 untuk mengelakkan penyakit ini daripada terus merebak dengan cepatnya dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini dikatakan demikian kerana wabak Covid-19 mudah tersebar melalui titisan dari hidung atau mulut ketika seseorang dengan Covid-19 itu bersin atau batuk.