Karangan Melengkapkan Cerita: Budak Ketinggalan Bas
Ketika aku pulang dari
sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku
berasa simpati .....
Mulakan cerita kamu
dengan Aku berasa simpati……..
*** *** *** ***
***
Aku berasa simpati melihat budak
itu. Aku pun terus menghampiri budak itu
sambil menuntun basikalku.
Aku memujuknya supaya berhenti
menangis. Aku menyuruh budak itu menceritakan apa yang telah berlaku.
Rupa-rupanya, dia ketinggalan bas. Aku memujuknya dan berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah. Dia berasa sungguh gembira.
Apabila tiba di rumahnya, dia
mengucapkan terima kasih kepadaku lalu berjalan masuk ke dalam rumahnya. Selepas itu, aku pun terus mengayuh basikal pulang ke
rumahku yang terletak berhampiran rumah budak itu.
Setibanya di rumah, aku menceritakan peristiwa itu kepada ibu bapaku. Mereka memuji sikap baikku itu dan
berasa sangat bangga mempunyai seorang anak yang berani dan baik hati seperti aku.
Karangan Melengkapkan Cerita (Kemalangan Jalan Raya)
Karangan Melengkapkan Cerita:
Ketika aku dalam perjalanan pulang dari kelas tuisyen, tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang kuat. Aku pun……….
Mulakan cerita kamu dengan Aku pun……..
*** *** *** *** ***
Aku pun terus berlari ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya, sebuah kereta telah terlanggar sebatang pokok.
Selepas itu, aku pun terus menelefon pihak ambulans dan polis untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat, aku dan beberapa orang pengguna jalan raya yang lain turut membantu mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit di dalam keretanya.
Lima belas minit kemudian, ambulans dan pihak polis pun tiba di tempat kejadian. Pihak polis mengawal lalu lintas supaya tidak berlaku kesesakan yang teruk. Pihak pengamal perubatan pula memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan itu dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mangsa kemalangan itu cedera parah dan badannya juga berlumuran darah. Keretanya dipercayai terbabas akibat dipandu laju kerana hujan turun dengan lebatnya. Orang ramai yang berhenti untuk melihat kejadian tersebut berasa amat kasihan akan mangsa kemalangan itu.
Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada aku dan memuji aku seorang budak yang baik hati dan berani. Aku berasa sungguh bangga kerana dapat membantu mangsa kemalangan itu. Aku juga mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih sebagai bahan bukti tentang kejadian kemalangan itu.
Apabila pulang ke rumah, aku menceritakan perkara itu kepada ibu bapa aku. Mereka berasa sungguh bertuah mempunyai seorang anak seperti aku. Ibu bapa aku berharap agar aku dapat menolong orang lain yang berada dalam kesusahan lagi kerana membantu orang lain merupakan amalan yang mulia.