Berkelah di Pantai Desaru (Ringkas)
Pada
cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berkelah di Pantai Desaru. Kami ke
sana pada pukul 7.00 pagi dengan kereta bapa.
Kami
tiba di pantai pada pukul 8.30 pagi. Kami melihat ramai orang di sana seperti ikan dalam belat. Selepas
itu, kami terus mencari tempat untuk berkelah.
Bapa
membawa turun barang-barang dari kereta. Selepas itu, ibu pun menghidangkan
makanan yang sedap di atas tikar. Saya dan adik berenang di laut dengan
gembiranya.
Apabila berasa lapar, kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari dengan berseleranya. Saya dan adik makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar.
Selepas makan, kami mengutip kulit-kulit siput yang cantik. Adik perempuan saya pula membina istana pasir yang besar dan cantik di tepi pantai.
Pada
pukul 5.00 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira.