Sambutan Hari Kanak-kanak (Ringkas)
Pada hari Ahad yang lalu,
sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan sambutan ini diadakan
adalah untuk meraikan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin pada suatu hari nanti.
Murid-murid
dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah dengan perasaan yang gembira. Kami
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor. Selepas itu, kami mendengar ucapan
yang disampaikan oleh guru besar. Dalam ucapannya, beliau menasihati kami agar
belajar dengan bersungguh-sungguhnya.
Murid-murid
membuat persembahan yang menarik di atas pentas. Antaranya ialah yoyo Cina,
tarian, nyanyian, silap mata dan lain-lain lagi. Selepas itu, majlis
penyampaian hadiah diadakan bagi tokoh murid. Setiap murid juga menerima hadiah
Hari Kanak-kanak daripada pihak sekolah.
Pada
pukul 10.30 pagi, kami pun masuk ke kelas masing-masing. Setiap kelas mengadakan
jamuan makan. Murid-murid membawa pelbagai jenis makanan dan minuman dari rumah
masing-masing. Guru-guru datang ke kelas untuk menikmati makanan dan minuman
yang sedap.
Pada
pukul 12.50 tengah hari, semua murid pun pulang ke rumah masing-masing. Saya berasa
gembira kerana dapat menyambut Hari Kanak-kanak di sekolah. Saya berharap agar
Hari Kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
46 comments - Sambutan Hari Kanak-kanak (Ringkas)
Karangan yg baik...
Karangan nya bagus β¨ποΈπ
Dan sangat ringkas sesiapa pun boleh salin karangan ini. π