Hari Kantin
Pada
hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin secara
besar-besaran di padang sekolah. Hari Kantin itu dirasmikan oleh pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Hari
Kantin diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membaiki kemudahan sekolah
seperti tandas, bilik-bilik khas, dewan
dan perpustakaan. Selain itu, Hari Kantin juga diadakan untuk mendidik dan
melatih murid-murid tentang kemahiran berniaga yang berkesan.
Persiapan telah dilakukan beberapa hari
sebelum Hari Kantin. Guru-guru, murid-murid dan ibu bapa bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk menghias gerai jualan masing-masing. Pihak sekolah juga
menyediakan khemah, meja dan kerusi untuk digunakan semasa Hari Kantin.
Aktiviti Hari Kantin bermula dari
pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Para pengunjung mesti menggunakan
kupon untuk membeli barangan yang dijual pada hari itu. Hari Kantin itu
mendapat sambutan hangat daripada semua pihak.
Terdapat banyak gerai yang dibuka pada itu. Antaranya, gerai makanan, gerai minuman, gerai alat mainan, gerai alat tulis, gerai cenderamata dan lain-lain lagi. Aktiviti lain yang diadakan termasuklah kuiz, pertandingan nyanyian dan cabutan bertuah.
Hari Kantin tamat pada pukul 2.00 petang. Sebelum bersurai, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan yang gembira.
45 comments - Hari Kantin
U R THE BEST!!!!!!!
Terima kasih...ππ