Pergi ke Pasar Malam
Pada
hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami
sekeluarga pergi ke pasar malam. Kami pergi ke sana pada pukul 6.30 petang
dengan menaiki kereta bapa.
Kami tiba di pasar malam pada pukul 7.00 malam. Kami
melihat banyak orang membeli-belah di sana. Suasana di pasar malam riuh-rendah
dengan suara penjual dan pembeli tawar-menawar.
Ibu pergi ke gerai sayur untuk membeli sayur-sayuran
yang segar. Ibu tawar-menawar dengan penjual itu untuk mendapatkan harga yang
lebih murah. Kemudian, kami pergi membeli barang keperluan harian yang
diperlukan.
Selepas itu, ibu membawa saya dan adik pergi ke gerai baju. Ibu membeli baju yang
cantik untuk kami. Kami rambang mata ketika melihat baju-baju yang cantik di
sana.
Seterusnya, kami pergi ke gerai makanan untuk membeli
makanan yang sedap. Ibu membeli nasi lemak, ayam goreng, mi goreng, cendol,
kuih-muih dan lain-lain lagi untuk makan
malam.
Pada pukul 8.30 malam, kami pun pulang ke rumah. Saya
berasa gembira kerana bapa membawa kami pergi ke pasar malam dan berharap agar
dapat ke sana lagi.
44 comments - Pergi ke Pasar Malam
๐๐๐ผ๐๐๐ .
๐๐๐ผ๐๐๐ .
Terima kasih cikgu
Cikgu senangkan kerja kita
Teruskan usaha cikgu