Melawat ke Rumah Anak Yatim
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami
sekeluarga pergi ke rumah anak yatim yang terletak di Johor Bahru. Kami
bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Dalam
perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Kami juga mendengar lagu yang merdu sebagai halwa
telinga sambil menikmati pemandangan yang indah nian. Pada pukul 9.00 pagi,
kami pun tiba di destinasi. Kami melihat pengurus di sana menyambut kedatangan
kami dengan tangan terbuka.
Selepas
itu, kami pun bersalam-salaman dengan anak-anak yatim di sana. Kami memberikan
hadiah yang unik dan cantik kepada anak-anak yatim. Mereka berasa sangat
gembira kerana mendapat hadiah dan mengucapkan terima kasih kepada kami. Kami
juga bermain bersama-sama mereka dengan gembiranya. Mereka membuat persembahan
yang menarik untuk menghiburkan hati kami.
Pada
pukul 12.30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya
bersama anak-anak yatim di sana kerana terlalu lapar. Selepas makan, kami
berehat sekejap sambil makan aiskrim yang enak untuk menghilangkan dahaga
kerana cuaca sungguh panas. Ibu dan bapa pula membaca surat khabar di ruang
tamu untuk mengetahui berita-berita
terkini di dalam dan di luar negara.
Sebelum
pulang, kami mengambil gambar bersama-sama anak-anak yatim dengan menggunakan
telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan manis. Anak-anak yatim di
sana memberikan kraf tangan yang dibuat sendiri kepada kami. Kami mendapat banyak pengetahuan dan
pengalaman yang baharu semasa berkunjung ke sana.
Pada
pukul 2.00 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya
berharap agar berpeluang ke sana lagi pada masa akan datang.