Melawat ke Kampung Datuk
Pada
cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga melawat ke kampung datuk
yang terletak di Pontian. Kami bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi dengan
menaiki kereta bapa.
Dalam perjalanan,kami berbual-bual
dengan mesranya sambil menikmati pemandangan
yang indah nian. Kami sekeluarga tiba di destinasi pada pukul 9.30 pagi. Kami
melihat datuk dan nenek menunggu ketibaan kami sekeluarga dengan perasaan yang
gembira. Kami terus bersalam dengan datuk dan nenek.
Selepas itu, saya dan adik membantu
bapa membawa turun barang-barang yang dibawa. Kemudian, kami berehat sebentar kerana
terlalu penat. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami pun menikmati hidangan tengah
hari yang disediakan oleh nenek.
Pada
waktu petang, datuk membawa kami sekeluarga pergi ke dusun buah-buahannya. Kami
makan buah-buahan yang segar di sana. Selepas itu, datuk membawa saya dan adik
pergi memancing di sungai berdekatan dengan dusun buah-buahannya.
Selepas
makan malam, kami pun pulang ke rumah.
Saya berasa gembira kerana dapat melawat ke kampung datuk dan berharap
agar bapa membawa kami melawat ke kampung datuk lagi pada masa akan datang.