Melawat Ke Zoo Negara (Ringkas)
Pada
cuti sekolah yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga pergi ke Zoo Negara. Kami bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki
kereta bapa.
Kami tiba di
Zoo Negara pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat ramai pengunjung sedang membeli
tiket. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.
Selepas
itu, kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak jenis haiwan di
sana. Antaranya ialah buaya, singa, harimau, gajah, zirafah dan lain-lain lagi.
Kami juga menyaksikan pertunjukan monyet yang menarik.
Pada
pukul 12.30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari di
sebuah restoran di zoo itu. Selepas makan, kami mengambil gambar dengan haiwan
kegemaraan masing-masing untuk dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang,
kami juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan.
Pada pukul 4.30 petang, kami pun pulang ke
rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar bapa membawa kami
sekeluarga ke sana lagi.
58 comments - Melawat Ke Zoo Negara (Ringkas)
Simple jer...π
very good
ζεΎεζ¬’
tq
kamu karangan ini sangat kreatif!
Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat ramai pengunjung sedang membeli tiket. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.
Selepas itu, kami pun dapat masuk ke dalam zoo. Kami melihat banyak jenis haiwan di sana. Antaranya ialah buaya, singa, harimau, gajah, zirafah dan lain-lain lagi. Kami juga menyaksikan pertunjukan monyet yang menarik.
Pada pukul 12.30 tengah hari, kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari di sebuah restoran di zoo itu. Selepas makan, kami mengambil gambar dengan haiwan kegemaraan masing-masing untuk dijadikan kenangan yang manis. Sebelum pulang, kami juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan.
Pada pukul 4.30 petang, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar bapa membawa kami sekeluarga ke sana lagi.
ver good