Berkelah di Pantai Port Dickson
Pada cuti sekolah yang lalu, bapa
membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Port Dickson yang terletak di
Negeri Sembilan. Kami bertolak ke sana pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki
kereta bapa yang baharu.
Dalam perjalanan, kami sekeluarga berbual-bual dengan mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sambil menikmati pemandangan yang indah
nian. Kami tiba di destinasi pada pukul 11.00 pagi. Kami melihat ramai orang di sana seperti ikan dalam belat. Selepas itu, kami pun mencari
tempat teduh untuk berkelah.
Saya dan adik membantu bapa membawa turun barang-barang
yang dibawa. Kemudian, bapa membentangkan tikar di bawah pokok yang rendang.
Selepas itu, saya dan adik terus menukar pakaian renang lalu berenang di laut.
Ibu pula menghidangkan makanan yang sedap di atas tikar.
Apabila berasa lapar, kami sekeluarga pun menikmati
makanan yang sedap dengan berseleranya. Selepas makan, saya dan adik bermain bola
tampar manakala adik perempuan dan kakak saya pula membina istana pasir yang
besar dan cantik di tepi pantai.
Kami juga mengutip kulit-kulit siput yang
cantik dan mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dijadikan
kenangan. Kami juga bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati pemandangan
yang indah nian. Sebelum pulang, kami membersihkan kawasan perkelahan untuk menjaga kebersihan pantai.
Pada pukul 5.00 petang, kami sekeluarga pun pulang ke
rumah. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkelah di Pantai Port Dickson.
Saya berharap agar bapa membawa kami sekeluarga berkelah di pantai lagi pada
masa akan datang.
97 comments - Berkelah di Pantai Port Dickson
buat karangan niii
very much
from:najwa
from:najwa
memang padu ayat cikgu
Sekalian, terima kasih.