Kebaikan Bersukan
Bersukan merupakan
suatu aktiviti yang sihat. Kita boleh bersukan di mana-mana sahaja sama ada di
rumah ataupun di sekolah.
Banyak faedah yang dapat kita peroleh
jika bersukan. Antaranya, kita dapat menyihatkan badan. Peluh yang keluar ketika
bersukan dapat menyihatkan badan kerana toksin di dalam badan juga dapat disingkirkan.
Dengan bersukan, kita juga dapat
mencerdaskan minda. Murid yang aktif bersukan biasanya prestasi akademiknya
juga lebih tinggi.
Bersukan juga membolehkan kita mengisi
masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Kita tidak akan membuang masa dengan membuat sesuatu yang tidak
berfaedah seperti melepak di tempat yang tidak sepatutnya.
Sesungguhnya bersukan amat berfaedah
kepada kita. Jadi isilah masa terluang anda dengan menyertai aktiviti bersukan.
Terima kasih Cikgu Goh, saya dapat belajar banyak selepas membaca karangan fakta ini.Bagus!