Ibu Saya
Setiap orang mempunyai ibu. Saya juga tidak
terkecuali. Ibu saya merupakan insan yang teristimewa dalam hidup saya.
Ibu
saya bernama Lee Mei Ling. Pada tahun ini, beliau berumur 40 tahun. Ibu saya
dilahirkan di negeri Melaka. Beliau mempunyai tiga orang adik-beradik.
Ibu
saya merupakan seorang guru. Beliau mengajar di SJK(C) Pu Sze. Ibu saya
mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. Beliau
mengajar anak-anak muridnya dengan penuh kesabaran agar mereka mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Ibu
saya sangat rajin dan bertanggungjawab. Beliau akan membersihkan rumah kami
pada setiap hari agar kami sekeluarga dapat tinggal di rumah yang bersih dan
selesa. Di samping itu, beliau juga akan menyediakan makanan yang berkhasiat
untuk kami sekeluarga. Ibu saya menjaga kami sekelurga dengan penuh kasih
sayang bagai menatang minyak yang penuh.
Hobi
ibu saya ialah membaca surat khabar. Beliau akan membaca surat khabar pada masa
lapang untuk mengetahui berita-berita terkini di dalam dan di luar negara.
Selain itu, beliau juga suka berjoging di taman rekreasi bersama kawan-kawannya
untuk menjaga kesihatan badan.
Saya
berasa bangga dan bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang penyayang dan baik hati. Saya berharap agar ibu saya dipanjangkan
umur dan dimurahkan rezeki.
18 comments - Ibu Saya
Karangan ini example karangan yang lain