Karangan Ucapan: Sempena Hari Guru
SOALAN:
Anda
telah terpilih untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan sekolah sempena
sambutan Hari Guru. Tulis ucapan
tersebut.
Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Tuan
Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Hadirin sekalian,
Sebagaimana
yang kita maklum, Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tujuan sambutan
ini adalah untuk mengenang dan menghargai jasa serta bakti guru-guru selama
ini. Pengorbanan guru terhadap kita amat besar sekali.
Tanpa guru, kita
sudah tentu susah untuk mendapatkan pelajaran dan pengajaran dengan sempurna.
Guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri demi
murid-muridnya. Oleh itu, jasa guru patutlah dikenang dan disanjung tinggi.
Guru
adalah seperti ibu bapa kita sendiri. Mereka membimbing dan mendidik kita
supaya menjadi insan yang berguna. Oleh itu, marilah kita belajar dengan
bersungguh-sungguhnya agar tidak menghampakan harapan mereka.
Hadirin yang dihormati,
Terima
kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah mengajar, mengasuh, dan mendidik
kami tanpa jemu. Akhir sekali, kami memohon ampun dan maaf atas segala
kesilapan yang dilakukan selama ini.
Sekali
lagi saya ucapkan selamat menyambut Hari Guru dan terima kasih cikgu. Sekian,
terima kasih.