Laporan Malis Pelancaran Program Jom Jimat Elektrik Peringkat Sekolah
Laporan Majlis Pelancaran Program Jom Jimat Elektrik Peringkat Sekolah
Pada 13 April 2022, SJK(C) Pu Sze telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Jom Jimat Elektrik Peringkat Sekolah di dewan sekolah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan berjimat semasa menggunakan elektrik.
Pada pukul 8.00 pagi, murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan sekolah. Kami duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak sekolah. Kemudian, kami berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu sekolah dengan penuh semangat.
Guru besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Guru besar menasihati murid-murid agar berjimat semasa menggunakan elektrik. Murid-murid mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru besar dengan telitinya. Selepas itu, beliau merasmikan Program Jom Jimat Elektrik Peringkat Sekolah. Kami pun bertepuk tangan dengan gemuruhnya.
Seterusnya, guru besar menyampaikan sijil pelantikan kepada murid-murid yang dipilih untuk menjadi Rakan Program Jom Jimat Elektrik. Mereka ditugaskan untuk menutup suis lampu di dalam kawasan sekolah. Guru besar berharap agar mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Cikgu Goh pula mengambil gambar dengan telefon pintar yang canggih untuk dimasukkan ke dalam laporan program tersebut.
Majlis tersebut tamat pada pukul 9.30 pagi. Selepas itu, kami pun beratur dengan tertibnya untuk masuk ke dalam kelas masing-masing. Kami berasa bangga dan bertuah kerana berpeluang menyertai program tersebut.
Laporan disediakan oleh, 15 APRIL 2022
(GOH JIA JIE)
Setiausaha,
Program Jom Jimat Elektrik Peringkat Sekolah,
SJK(C) Pu Sze.