Catatan Harian: Melawat ke Zoo Negara (Ringkas)
Isnin, 03
Ogos 2020
8.00 pagi
Kami bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki kereta bapa. Bapa memandu dengan berhati-hatinya untuk menjaga keselamatan kami sekeluarga.
8.30 pagi
Kami berbual-bual dengan
mesranya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kami juga menikmati
pemandangan yang indah nian.
10.30 pagi
Kami tiba di destinasi. Kami
melihat banyak orang di sana seperti ikan dalam belat. Bapa terus ke kaunter
untuk membeli tiket.
11.45 pagi
Kami pun dapat masuk ke
dalam zoo. Kami melihat banyak binatang di sana seperti gajah, singa, harimau,
ular, burung dan lain-lain lagi.
12.30 tengah hari
Kami menikmati makanan yang
sedap dengan berseleranya kerana terlalu lapar. Selepas makan, kami berehat
sekejap kerana terlalu penat sambil makan aiskrim yang lazat untuk
menghilangkan dahaga kerana cuaca sungguh panas.
1.30 tengah hari
Kami mengambil gambar dengan
telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis. Sebelum
pulang, kami membeli cenderamata yang cantik dan unik untuk kawan-kawan.
2.00 petang
Kami pun pulang ke rumah
dengan perasaan yang gembira. Saya berharap agar dapat pergi ke sana lagi.
Catatan Harian: Aktiviti Gotong-royong
7.00 pagi
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan. Guru Besar menyampaikan ucapan.
7.30 pagi
Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan A membersihkan longkang dan mengelap tingkap, Kumpulan B menyapu sampah dan mengecat dinding, Kumpulan C melukis mural dan menghias kelas.
8.00 pagi
Setiap kumpulan menyediakan peralatan yang hendak digunakan semasa menjalankan aktiviti gotong-royong. Selepas itu, kami terus menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.
9.30 pagi
Kami berehat sekejap kerana terlalu penat. Pihak sekolah juga menyediakan makanan untuk kami semua. Kami minum minuman yang sejuk untuk menghilangkan rasa dahaga kerana cuaca sungguh panas.
10.00 pagi
Murid-murid meneruskan aktiviti gotong-royong. Cikgu Goh mengambil gambar dengan kamera digital yang canggih untuk dijadikan sebagai kenangan dan dimasukkan ke dalam laporan aktiviti.
11.30 pagi
Aktiviti gotong-royong selesai dijalankan. Murid-murid menyimpan peralatan ke dalam stor. Murid-murid berkumpul di dewan. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini.
12.00 tengah hari
Aktiviti gotong-royong pun tamat. Murid-murid pun balik ke rumah masing-masing. Kami berasa gembira kerana sekolah kami kelihatan bersih dan cantik.