Pengumuman Tentang Aktiviti Gotong-royong
Maklumat ini menunjukkan pengumuman tentang aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Ria Jaya.
Tujuan aktiviti gotong-royong ini
diadakan adalah untuk membersihkan dan mencantikkan taman rekreasi di Taman Ria
Jaya supaya para penduduk dapat menggunakan taman
rekreasi dengan selesa. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
membaiki dan mengecat alat-alat permainan di taman rekreasi agar kelihatan cantik dan ceria. Aktiviti ini akan
diadakan pada 25 Jun 2017. Para penduduk
dikehendaki berkumpul di Taman Rekreasi Taman Ria Jaya pada pukul 8.00 pagi.
Para penduduk juga diminta membawa alat-alat yang hendak
digunakan seperti parang, cangkul dan sebagainya. Lori sampah akan datang
memungut sampah pada pukul 11.00 pagi. Kerjasama
daripada semua pihak amatlah dihargai.