Ciri-Ciri Murid Yang Berdisiplin
July 22, 2018 at 9:27 pm,
8 comments
Gambar menunjukkan ciri-ciri murid yang berdisiplin. Semua
murid perlulah berdisiplin semasa berada di sekolah.
Antaranya,
kita tidak boleh datang lewat ke sekolah kerana kita perlu mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebagai seorang murid, kita perlulah memakai
pakaian seragam sekolah yang bersih dan kemas pada setiap masa supaya badan
kita berasa selesa. Selain itu, murid-murid mestilah menumpukan perhatian
semasa guru besar berucap di atas pentas sewaktu perhimpunan sekolah. Dengan
itu, murid-murid dapat mengetahui dengan jelas pesanan yang disampaikan oleh
guru besar.
Kesimpulannya,
kita hendaklah menjadi seorang murid yang berdisiplin pada setiap masa.
8 comments - Ciri-Ciri Murid Yang Berdisiplin
hui mui - June 1, 2019 at 3:40 pm
terima kasih cikgu.
muhhamad - June 1, 2019 at 3:51 pm
ulasan ini berada di kertas ujian sekolah saya
- February 8, 2020 at 12:57 pm
Tmbhkn perenggan lagi,agak ringkas
Cikgu Goh - February 19, 2020 at 10:12 pm
Untuk makluman, ini hanya contoh jawapan ulasan bukannya karangan. Harap maklum.
Propop - May 8, 2020 at 3:42 pm
Thank you so much for your wonderful ulasan teacher
TEE YU HUI - September 20, 2020 at 5:25 am
Cikgu Goh, saya belajar banyak selepas saya membaca contoh ulasan ini. Terima kasih Cikgu Goh.
Khoo Ai Qing - October 24, 2020 at 6:22 pm
ulasan cikgu Goh sangat membantu saya dalam penulisan ulasan.terima kasih cikgu Goh.
Elish - October 18, 2022 at 10:32 pm
Berdisiplin