Kepentingan Komputer Kepada Murid
Gambar ini menunjukkan kepentingan komputer kepada murid. Terdapat
banyak kepentingan komputer kepada murid.
Pertama, komputer dapat membantu murid
menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. Kedua, kita dapat menghilangkan
tekanan dengan menggunakan komputer kerana kita boleh mendengar lagu, bermain
permainan komputer, melayari Internet dan sebagainya. Dengan itu, kita akan
berasa gembira. Ketiga, komputer boleh
digunakan untuk mengulang kaji pelajaran supaya kita boleh mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan. Keempat, kita juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan dengan menggunakan komputer kerana latihan dan bahan-bahan bacaan
yang diperlukan boleh diakses dengan mudah dan cepat melalui capaian Internet.
Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan
komputer dengan sebaik mungkin kerana dapat memberikan banyak faedah kepada kita.
37 comments - Kepentingan Komputer Kepada Murid
Sekian terima kasih
TAPI MEMANG SANGAT BAGUS
TQ GOOGLE
Kena guna perkataan selain itu, seterusnya, akhir sekali